Tafsir Surah al-Kahfi Ayat 1 – 31

Pengenalan kepada Surah Kahfi

Musyrikin Mekah timbul rasa dalam hati mereka yang mungkin Nabi Muhammad itu memang seorang Rasul. Mereka takut juga kalau Nabi Muhammad itu benar seorang Rasul dan kalau mereka tak ikut, mereka dah buat satu kesalahan besar. Jadi bagaimanakah mereka nak pastikan benar atau tidak? Musyrikin Mekah kebiasaannya akan merujuk kepada pendita Yahudi. Ini kerana Kaum Quraish ini walaupun mereka ikut saki baki ajaran Nabi Ibrahim, tapi mereka tiada kitab rujukan. Mereka memandang tinggi kepada Pendita Yahudi dan dijadikan sumber rujukan mereka kerana mereka tahu yang Yahudi ada Kitab Taurat. Jadi mereka hantar rombongan kepada pendita Yahudi yang berada di Madinah masa itu. Dan bertanya macam mana nak tahu Muhammad itu benar atau bohong? Pendita Yahudi suruh mereka tanya kepada Nabi, tiga soalan. Kalau dia jawap dua dan tak jawap satu, maka dia adalah nabi yang sebenarnya.

Soalan pertama adalah tentang pemuda yang tinggal di dalam gua, soalan kedua tentang roh dan soalan ketiga tentang Zulkarnain. Maka mereka jumpa Nabi dan bertanya kepada Nabi soalan-soalan itu. Nabi pun jawap baginda akan memberikanjawapannya dan berdasarkan pengalaman baginda, selalunya akan mendapat jawapan esoknya, maka baginda suruh mereka untuk datang esok. Nabi tidak sertakan kata-katanya itu dengan ‘InsyaAllah’. Esoknya mereka datang dan Nabi senyap tak dapat jawap kerana baginda tidak mendapat wahyu lagi dari Allah. Hari-hari mereka datang jumpa Nabi dan mereka hina kepada Nabi. Mengikut riwayat, kejadian itu berlangsung selama antara 15 ke 17 hari. Nabi diuji Allah dengan tidak diberikan jawapan kepada soalan-soalan itu. Ini menunjukkan Nabi tak tahu ilmu ghaib. Selagi tidak diberitahu oleh Allah, baginda tidak tahu. Hanya tahu apabila Allah beritahu. Ini berbeza dengan kita sekarang, sampai ada yang boleh kata tok guru tahu ilmu ghaib, dengan tengok muka anak murid dah tahu apa yang anak murid itu buat. Itu termasuk syirik dalam ilmu. Nabi sendiri tak tahu ilmu ghaib, tapi bagaimana tok guru pula boleh tahu? Adakah tok guru itu lebih tinggi ilmunya dari Nabi?

Kelebihan Surah Al-Kahfi

Imam Ahmad meriwayatkan dari Abu Ishaq, ia menceritakan ia pernah mendengar al-Barra’ bercerita, ada seseorang yang membaca surah al-Kahfi, sedang di dalam rumah terdapat binatang, tiba-tiba binatang itu pergi melarikan diri, lalu ia melihat dan ternyata awan atau mendung telah meliputi dirinya. Kemudian ia menceritakan hal itu kepada Nabi, maka baginda pun menjawap: “Bacalah surah al-Kahfi, kerana sesungguhnya ia merupakan ketenangan yang turun bersamaan dengan Quran, atau turun untuk al-Quran”.

Nabi juga pernah bersabda: “Barangsiapa yang menghafal sepuluh ayat pertama surah al-Kahfi, maka ia akan dilindungai dari (fitnah) dajjal.”

Imam Ahmad juga meriwayatkan dari Abu Darda’, dari Nabi: “Barangsiapa yang membaca sepuluh ayat terakhir dari surah al-Kahfi, maka ia akan dilindungi dari finah Dajjal.”

Yang penting adalah supaya kita belajar tentang apakah pengajaran dalam surah ini untuk menyelamatkan diri kita dari fitnah Dajjal. Bukan hanya membacanya sahaja. Surah sebelum ini adalah tentang golongan Islam ini – bangsa Yahudi. Dan ayat-ayat dalam surah Kahf ini adalah tentang orang Islam seterusnya – umat Nabi Muhammad.

Dalam surah sebelum ini, didalam ayat terakhirnya, telah disuruh untuk kita membacakan Alhamdulillah. Dalam ayat ini, dimulakan dengan membaca Alhamdulillah – sebagai menjawap suruhan dalam surah sebelumnya. Itu adalah kaitan antara surah sebelum ini dan surah Kahf ini.

Dalam surah sebelum ini, di dalamnya ada tentang bagaimana Nabi Muhammad telah diberikan kehormatan yang amat tinggi dimana Nabi telah menerima wahyu dari Allah sendiri dalam proses Isra’ Mi’raj. Itu adalah ketinggian yang paling tinggi manusia pernah sampai. Selalunya, wahyu turun kepada Nabi. Dalam surah ini, dimulakan ayat pertama dengan menyebut Nabi Muhammad menerima wahyu cara biasa – wahyu diturunkan kepada baginda.

Dalam surah sebelum ini, Nabi dipanggil dengan panggilan عَبْدِهِ. Dalam surah ini, sekali lagi Nabi disebut dengan status itu. Status hamba kepada Allah adalah satu status yang tinggi. Sehinggakan Nabi Muhammad sendiri dipanggil dengan panggilan itu.

——————————————————————————————

Ayat 1:

18:1

Transliteration
al-ḥamdu li-llāhi lladhī ʾanzala ʿalā ʿabdihi l-kitāba wa-lam yajʿal lahū ʿiwajā

Sahih International

[All] praise is [due] to Allah , who has sent down upon His Servant the Book and has not made therein any deviance.

Malay

Segala puji tertentu bagi Allah yang telah menurunkan kepada hambaNya (Muhammad), Kitab suci Al-Quran, dan tidak menjadikan padanya sesuatu yang bengkok (terpesong):

الْحَمْدُ لِلَّهِ

Pujian itu milik Allah; Segala pujian. Samada satu pujian, dua pujian atau semua pujian adalah milik Allah. Semua pujian itu adalah hak Allah. Orang lain pun dipuji juga, tapi semua pujian itu sebenarnya milik Allah. Kerana walau bagaimana pun kita puji makhluk lain, kita sebenarnya memuji Allah. Kalau kita puji seseorang itu cantik, sebenarnya kita puji Allah juga kerana Allah lah yang telah menjadikan orang itu cantik.

Allah telah memuji diriNya sendiri dalam ayat ini. Allah telah mengajar kita bagaimana cara untuk memuji DiriNya.

الَّذِي أَنْزَلَ عَلَىٰ عَبْدِهِ الْكِتَابَ

Zat yang menurunkan kepada hambaNya, kitab Quran; Lihatlah, apabila Allah berkata segala pujian itu milikNya, Nabi Muhammad yang menerima wahyu ini tidak disebut nama dan pangkatnya, hanya disebut perkataan ‘hambaNya’ sahaja.

Allah memuji DiriNya sendiri dalam ayat ini kerana Dialah yang menurunkan Quran yang mulia kepada Nabi yang mulia untuk disampaikan kepada umat. Quran itu adalah nikmat yang maha besar yang Allah berikan kepada makhlukNya. Dengan Quran itu dapat mengeluarkan manusia dari kegelapan kesesatan kepada cahaya kebenaran.

Dalam ayat ini, kita bertemu tiga perkara pokok yang dibicarakan dalam Quran: Allah, Rasul dan Kitab. Allah menurunkan Kitab (Quran) kepada manusia melalui HambaNya (Nabi Muhammad). Dan Allah memuji DiriNya kerana Dialah yang menurunkan Kitab itu. Pujian bukanlah kepada Quran itu kerana ianya diturunkan Allah. Begitu juga para Nabi semua menjalankan tugas mereka yang telah diberikan oleh Allah. Segala pujian adalah hanya kepada Allah. Kerana kalau kita memuji sesiapa atau apa sahaja, ianya akan kembali kepada Allah. Maka ini, juga mengajar kita merendahkan diri kita kalau ada seseiapa yang memuji kita, kerana kalau ada apapun yang baik pada diri kita, ianya adalah dari Allah semata-mata.

Allah hendak mengingatkan manusia bahawa Dialah yang menurunkan wahyu itu kepada Nabi Muhammad. Quran itu bukan datang daripada selain Allah taala. Jadi, jangan kita ambil mudah dengan Quran ini. Ianya datang daripada Allah.

 وَلَمْ يَجْعَلْ لَهُ عِوَجًا

Dan tidak mungkin sama sekali kamu dapati dalam Quran ini sebarang perselisihan. Ayat yang didepan dan dibelakang tidak ada perselisihan. Ayat dulu dan kemudian tidak ada perselisihan. Tidak ada langsung perselisihan dalam Quran itu. Berbeza dengan kitab agama lain yang mempunyai banyak sangat kesilapan dan kekeliruan di dalamnya. Quran memberi cabaran kepada manusia untuk mencari kesilapan yang ada dalam Quran. Cabaran itu diberikan dari dulu lagi, tapi tidak ada yang dapat mencari kesilapannya kerana tidak ada. Itulah yang hendak disampaikan dalam ayat ini.

Dari segi bahasa, perkataan عِوَجًا itu bermaksud kebengkokan. Contohnya, jalan yang benjol-benjol boleh dipanggil عِوَجًا. Begitu juga kekurangan yang ada pada manusia. Contohnya, seseorang yang berjalan bengkang bengkok. Ia juga bermaksud sesuatu yang tidak jelas, tidak boleh difahami. Sebagai contoh, ada orang yang bila bercakap dengan kita, akhirnya kita tak faham dia nak beritahu apa dengan kita. Tidak begitu dengan Quran. Apa sahaja yang Quran sampaikan, ada maksud yang hendak dibawa oleh ayat-ayat Quran itu. Ianya membawa kepada jalan yang lurus.

———————————————————————————

Ayat 2:

18:2

Transliteration
qayyiman li-yundhira baʾsan shadīdan min ladunhu wa-yubashshira l-muʾminīna lladhīna yaʿmalūna ṣ-ṣāliḥāti ʾanna lahum ʾajran ḥasanan

 Sahih International

[He has made it] straight, to warn of severe punishment from Him and to give good tidings to the believers who do righteous deeds that they will have a good reward

Malay

(Bahkan keadaannya) tetap benar lagi menjadi pengawas turunnya Al-Quran untuk memberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar) dengan azab yang seberat-beratnya dari sisi Allah, dan memberi berita gembira kepada orang-orang yang beriman yang mengerjakan amal-amal soleh, bahawa mereka akan beroleh balasan yang baik.

قَيِّمًا

Quran itu teguh maknanya; Lurus cara penyampaiannya. Perkataan قَيِّمًا itu bermaksud sesuatu yang berdiri tegak. Ianya terus berdiri tegak membawa manusia kearah jalan yang lurus. Quran itu tidak dapat diubah. Ia akan tetap memberikan peringatan kepada manusia. Ini adalah bandingan dengan kitab-kitab lain sebelum Quran. Kitab-kitab itu telah diubah oleh pemuka-pemuka agama sebelum Islam. Oleh kerana ianya telah diubah, maka penganut-penganutnya telah jatuh sesat. Quran akan tetap berdiri tegak, dari dahulu sampailah ke akhir zaman.

Tentu kita ingat dalam solat kita setiap hari, kita akan berdoa kepada Allah supaya menunjukkan kita ‘siraatal mustaqim’. Maka, dalam ayat ini, diberitahu kepada kita bahawa untuk mendapat jalan yang lurus adalah melalui Quran.

لِيُنْذِرَ

Supaya Nabi memberi ancaman; ancaman apakah yang dimaksudkan?

 بَأْسًا شَدِيدًا

Ancaman azab yang pedih; bagi sesiapa yang tolak tauhid. Iaitu mereka yang tolak pengesaan kepada Allah taala. Dan bagi mereka yang tidak mengambil peringatan dari Quran. Tidak mengendahkan langsung apa yang hendak disampaikan oleh Allah. Kepada mereka, akan diberikan azab yang amat pedih. Itu adalah balasan di akhirat kelak.

Ada satu lagi maksud lain. Perkataan بَأْسًا bermaksud kesusahan dan kepayahan. Samada dari segi ekonomi atau sosial. Dalam keadaan yang berat, ia boleh juga melibatkan peperangan. Apabila ada peperangan, macam-macam kepayahan akan dirasai oleh manusia. Ulama berpendapat ianya adalah kepayahan yang timbul dari fitnah Dajjal dan kesiksaan yang timbul darinya.

Allah tambah lagi perkataan شَدِيدًا dalam ayat ini, menambahkan lagi kehebatan dugaan itu. Ini bukan dugaan yang main-main.

مِنْ لَدُنْهُ

Daripada sisiNya; Di Mahsyar nanti. Dari sisiNya itu bermakna tidak ada yang dapat memberi siksaan seperti siksaanNya dan tidak ada pula yang boleh mengikat seperti ikatanNya.

Allah menggunakan perkataan لَدُنْهُ dalam ayat ini. Ada perkataan yang hampir sama – عند (inda). Dua-dua bermaksud ‘disisi’. Tapi perkataan لَدُنْهُ lebih kuat lagi. Kerana kalau kita gunakan perkataan عند, ia bermaksud seseorang itu ada sesuatu, tapi tidak semestinya dia ada benda itu bersamanya sekarang. Tapi kalau perkataan لَدُنْ digunakan, ia bermaksud seseorang itu ada sesuatu itu dan sedang ada bersamanya. Ini bermaksud, fitnah Dajjal itu pasti akan terjadi. Ianya tidak dapat dielakkan lagi. Kerana ianya adalah dari sisi Allah taala.

Berita tentang fitnah Dajjal ini diberikan kepada semua manusia, bukan kepada orang Islam sahaja.

وَيُبَشِّرَ الْمُؤْمِنِينَ

Dan akan memberi berita gembira kepada orang-orang yang beriman sempurna; orang mukmin adalah orang yang tidak buat syirik kepada Allah. Atau kalau dia pernah buat tanpa sengaja kerana dia tidak belajar lagi, dia telah bertaubat. Kerana banyak orang telah buat syirik kerana mereka tidak belajar. Mereka tidak tahu pun bahawa apa yang mereka lakukan selama itu adalah syirik. Mereka sangka dulu apa yang mereka buat itu adalah dari ajaran Islam, tapi sebenarnya tidak. Dan apabila kita membawakan dalil-dalil yang sahih dari Quran, mereka terima dengan rela hati. Mereka yang beriman adalah mereka yang beriman dengan ajaran dari Quran.

الَّذِينَ يَعْمَلُونَ الصَّالِحَاتِ

Iaitu orang orang yang melakukan amal soleh;

Orang yang beriman dalam hatinya, akan mudah untuk melakukan amal-amal yang soleh. Kerana mereka tahu bahawa iman bukan hanya dalam hati sahaja, tapi akan dizahirkan dalam amal perbuatannya.

Amal soleh adalah amal ibadat yang dibuat mengikut sunnah Nabi atau Quran. Amal selain dari itu akan ditolak. Iaitu amal-amal yang tidak ada dalil yang sahih. Amalan sebegini tidak diterima. Inilah yang dinamakan bidaah. Iaitu amalan baru yang tidak ada diajar oleh Nabi Muhammad. Sekarang banyak amalan yang sebegitu. Tidak tahu dari mana asalnya. Kalau ada yang kata Allah akan beri pahala tanpa mereka membawakan bukti dari Quran atau Sunnah, itu adalah dusta kepada Allah.

Orang-orang yang amalkan bidaah sebenarnya adalah pendusta atas nama Allah. Kerana dia kata amalan itu boleh dapat pahala padahal Allah dan Nabi tak pernah cakap. Dan dia sebenarnya telah buat syariat sendiri. Mungkin ramai yang tidak perasan bahawa amalan bidaah adalah mereka yang mengambil tugas Nabi. Sepatutnya amalan syariat disampaikan oleh Nabi sahaja, tapi mereka telah ambil tugas Nabi dan buat syariat sendiri. Sesiapa yang buat syariat sendiri, dia akan masuk neraka tak keluar-keluar sampai bila-bila.

Lihatlah perkataan yang digunakan oleh Allah: orang beriman yang beramal soleh. Selalunya, Allah menyebut orang beriman sahaja. Tapi dalam ayat ini, tidak cukup dengan hanya beriman sahaja. Orang itu mestilah juga beramal soleh. Ini adalah kerana dugaan yang akan diberikan kepada manusia itu adalah amat berat, sampaikan kalau hanya beriman sahaja tidak cukup – kena beramal soleh juga.

 أَنَّ لَهُمْ أَجْرًا حَسَنًا

Bagi mereka pahala yang baik; Iaitu kepada yang beriman dan mengamalkan amalan yang soleh, yang datang dari Nabi, mereka akan mendapat balasan syurga. Tidak jelas bahawa balasan yang diberikan itu adalah balasan di akhirat. Kerana ayat yang digunakan adalah ‘pahala yang baik’. Tapi dalam ayat yang seterusnya, Allah menyebut bahawa mereka yang mendapat balasan itu akan kekal ‘selamanya’. Oleh itu, tempat yang kekal itu hanya di syurga. Jadi, dari sini kita boleh faham bahawa balasan yang dimaksudkan adalah balasan di akhirat kelak.

Mereka akan mendapat balasan itu di akhirat kelak. Bukanlah ianya menidakkan mereka akan mendapat balasan juga di dunia. Kerana, Allah boleh memberi balasan yang baik semasa di dunia lagi. Kerana orang yang ada iman dalam hatinya, akan berasa tenang sahaja. Mereka tidak ada kerisauan dalam dunia ini kalau mereka berharap hanya kepada Allah.

Tapi, yang pasti seseorang yang beriman dan beramal soleh, pasti akan dapat balasan baik itu di akhirat kelak. Balasan di dunia, belum tentu lagi. Kerana kadang-kadang semasa kita di dunia, banyak halangan dan dugaan yang kita kena hadapi. Oleh itu, kita jangan berharap sangat akan dapat balasan di dunia. Dan jangan kita sedih kalau kita tidak dapat balasan di dunia. Kerana tidak semestinya Allah akan balas balasan baik itu di dunia.

Balasan yang baik itu hanya kepada orang mukmin yang beramal ibadat yang soleh sahaja.

————————————————————————————–

Ayat 3:

18:3

Transliteration
mākithīna fīhi ʾabadan

 Sahih International

In which they will remain forever

Malay

Mereka tinggal tetap dalam (balasan yang baik) itu selama-lamanya.

Mereka tinggal dalam syurga itu kekal selama-lamanya; Mereka bukan tinggal sekejap-sekejap sahaja. Mereka akan tinggal dalam syurga menikmati segala kemewahan yang tidak pernah terbayang dalam akal fikiran. Hasil dari usaha baik yang mereka lakukan dan iman yang tidak bercampur dengan syirik kepada Allah.

Menarik sekali perkataan مَاكِثِينَ yang digunakan. Ia bermaksud ‘menunggu-nunggu dengan mengharap’. Seperti kalau kita tahu kita akan mendapat hadiah, kita tunggu dengan tidak sabar. Begitulah yang dimaksudkan. Ahli syurga sentiasa dalam keadaan macam itu. Manusia memang sukakan benda-benda yang baru. Sebab itu kita suka mencuba benda-benda yang baru. Masakan  yang baru, permainan yang baru, baju yang baru dan sebagainya. Ianya memberikan kegemberiaan kepada kita. Kita akan bosan dengan sesuatu perkara kalau selalu kita dapat atau selalu kita buat. Jadi, ahli syurga akan tinggal dalam syurga selama-lamanya. Memang mereka akan mendapat nikmat yang tidak dapat dibayangkan semasa di dunia ini. Tapi kalau sentiasa dapat sesuatu benda itu, walaupun ianya memang hebat, tapi lama-lama akan bosan juga dengan benda itu. Tapi Allah memberitahu dalam ayat ini bahawa penghuni syurga akan tertunggu-tunggu untuk melihat apakah yang mereka akan dapat. Allah akan menambah dengan memberi benda baru. Jadi, penghuni syurga tidak akan bosan sampai bila-bila. Mereka akan gembira sentiasa. Maknanya, bukan sahaja mereka akan tinggal selama-lamanya, tapi mereka akan dihiburkan dengan benda-benda yang baru.

————————————————————————————

Ayat 4:

18:4

Transliteration
wa-yundhira lladhīna qālū ttakhadha llāhu waladan

 Sahih International

And to warn those who say, ” Allah has taken a son.”

Malay

Dan juga Al-Quran itu memberi amaran kepada orang-orang yang berkata:” Allah mempunyai anak”.

Dan supaya dengan Quran itu Nabi memberi ancaman kepada orang-orang yang kata Allah mengambil anak; Iaitu ‘anak angkat’. Kerana kita telah tahu bahawa Allah memang tak beranak. Tidak pernah beranak dan tidak mungkin akan beranak. Jadi anak yang dimaksudkan adalah ‘anak angkat’. Hendaklah kita dalam mengajar tafsir Quran ini memberi ancaman tentang mereka yang mengambil makhluk sebagai ‘anak angkat’ Allah. Apakah maksudnya?

Manusia banyak yang memberi pangkat kepada seseorang atau sesuatu. Mereka akan mengatakan sekian-sekian orang itu adalah ‘pilihan’ Allah taala. Contohnya, mereka kata orang itu adalah wali. Itu seumpama mengatakan orang itu ‘anak angkat’ kepada seseorang. Kerana kita tahu, kalau seseorang itu anak angkat kepada seseorang yang besar, tentulah dia boleh minta tolong kepada orang besar itu. Jadi, kita berkawan dengan dia kerana kita hendakkan kelebihan orang itu, kononnya.

Mereka sendiri yang memberi pangkat ‘anak angkat’ itu kepada makhluk itu walaupun Allah tak pernah cakap pun. ‘Anak angkat’ itu mereka gunakan dalam penyeruan, dalam doa dan dalam ibadat mereka. Kerana mereka rasa kalau mereka bodek ‘anak angkat’ Allah itu, Allah akan beri apa yang mereka minta. Contoh perbuatan ini adalah orang-orang Musyrikin Mekah yang menyembah malaikat kerana mereka kata malaikat itu adalah anak perempuan Allah. Ini dipanggil ‘perantaraan’ atau dalam bahasa Arab dipanggil tawasul.

Allah tidak mungkin beranak seperti yang disebut dalam surah al Ikhlas.

112:3“Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan;

Dan Allah tidak mungkin mengambil anak angkat. Seperti yang disebut di dalam ayat 17:111.

17:111Dan katakanlah: “Segala puji tertentu bagi Allah yang tiada mempunyai anak, dan tiada bagiNya sekutu dalam urusan kerajaanNya, dan tiada bagiNya penolong disebabkan sesuatu kelemahanNya; dan hendaklah engkau membesarkan serta memuliakanNya dengan bersungguh-sungguh!”

Begitu juga disebut dalam Az Zumar:4.

39:4Kalaulah Allah hendak mempunyai anak, tentulah Ia memilih mana-mana yang dikehendakiNya dari makhluk-makhluk yang diciptakanNya; Maha Sucilah Ia (dari menghendaki yang demikian). Dia lah Allah, Yang Maha Esa, lagi Yang Mengatasi kekuasaanNya segala-galanya.

Ayat dari surah Zumar ini mengatakan kalaulah Allah nak ambil ‘anak angkat’, tentulah Allah sendiri akan beritahu siapakah anak angkatNya. Kalau Allah nak ambil ‘anak angkat’, tentulah Allah akan pilih sendiri. Tapi tidak diberitahu di mana-mana sumber yang sahih bahawa Allah ada mengambil ‘anak angkat’. Jangan kita pandai-pandai nak beri pangkat ‘anak angkat’ Allah kepada sesiapa pun. Jangan kita kata sesuatu makhluk itu Allah sayang sampai kita kata kalau kita minta doa melalui dia, Allah akan dengar cakap dia. Tidak sama sekali. Kita kena minta sendiri kepada Allah. Tidak boleh pakai perantaraan.

Orang-orang musyirikin juga menyembah malaikat kerana mereka kata malaikat adalah anak perempuan Allah.

Lebih khususnya, ayat ini memperkatakan tentang penganut Kristian yang memang terang-terang mengatakan bahawa Nabi Isa/Jesus itu adalah anak Tuhan. Dalam surah Isra’ sebelum surah Kahf ini, perbincangan banyak berkenaan Bangsa Yahudi. Sekarang, surah Kahf ini memperkatakan tentang Orang Kristian pula.

—————————————————————————–

Ayat 5:

18:5

Transliteration
mā lahum bihī min ʿilmin wa-lā li-ʾābāʾihim kaburat kalimatan takhruju min ʾafwāhihim ʾin yaqūlūna ʾillā kadhiban

 Sahih International

They have no knowledge of it, nor had their fathers. Grave is the word that comes out of their mouths; they speak not except a lie.

Malay

(Sebenarnya) mereka tiada mempunyai sebarang pengetahuan mengenainya, dan tiada juga bagi datuk nenek mereka; besar sungguh perkataan syirik yang keluar dari mulut mereka; mereka hanya mengatakan perkara yang dusta.

مَا لَهُمْ بِهِ مِنْ عِلْمٍ

Tidak ada bagi mereka sebarang ilmu; iaitu tidak ada dalil langsung yang mengatakan bahawa Nabi Isa itu adalah anak Tuhan. Mereka hanya ada-adakan sahaja. Persoalan itu dibahaskan dengan panjang lebar. Dan orang-orang Kristian terpaksa mengadakan-adakan banyak sekali alasan untuk memperbenarkan akidah syirik mereka itu.

Begitulah juga dengan masyarakat Islam kita sendiri yang mengamalkan perantaraan dalam doa-doa mereka. Tidak ada dalil dari Quran atau hadis tentang dakwaan mereka itu. Mereka cakap itu bukan dari dalil Quran atau sunnah, tapi adalah sangkaan mereka sahaja. Atau mereka akan kata orang itu dan orang ini pun buat juga. Itu adalah dalil yang amat lemah sekali. Tapi sedihnya, ramai orang yang ikut.

Allah gunakan perkataan مِنْ عِلْمٍ dalam ayat ini. Ia bermakna, mereka tidak ada dalil sikit pun. Bukan nak kata mereka tidak banyak dalil, tapi sedikit pun tidak ada.

Tidak ada ketetapan apa-apa pun dalam agama mereka sebenarnya untuk mengatakan bahawa Isa itu adalah anak Allah. Sebenarnya, bukan semua orang agama Kristian mengatakan bahawa Isa itu anak Tuhan. Kerana pernyataan itu adalah pernyataan yang baru. Yang dibentangkan dalam persidangan Nicea. Dalam persidangan itu, ada dua puak. Ada yang mengatakan bahawa Jesus adalah Nabi dan ada yang mengatakan Jesus adalah anak Tuhan. Maka, telah dijalankan undian, dan yang menang adalah puak yang mengatakan Jesus anak Tuhan.

 وَلَا لِآبَائِهِمْ ۚ

Dan tidak ada dalil dari tok guru mereka; Dan tidak ada juga dalil dari tok nenek mereka. Tok nenek itu termasuk juga guru-guru mereka yang mengajar ilmu yang salah. Tok guru yang dulu-dulu itu pun dapat dari guru-guru mereka juga. Mereka cakap tanpa membawa bukti dalil yang sah.

Tapi kerana tidak ada ilmu, mereka terima sahaja tanpa usul periksa. Itu semua adalah bohong semata-mata. Ingatlah bahawa apa-apa ilmu ugama, kena bawa dalil dan dalil itu mestilah dari Quran dan dari hadis. Barulah dikatakan dalil yang boleh diterima. Tidak boleh kita nak terima hujah akal dalam hal agama. Akal manusia macam mana hebat pun tidak mampu mencapai pengetahuan sesuatu hal itu tanpa bantuan dan ajaran dari Allah. Alangkah sedihnya apa yang terjadi kepada masyarakat kita sekarang. Mereka hanya menerima tanpa usul periksa kata-kata dari ustaz-ustaz mereka. Pada mereka, apabila seseorang itu sudah digelar ustaz, kata-kata dia tentulah benar. Tidak semestinya begitu. Kalau guru yang benar, dia akan membawakan dalil yang sah.

كَبُرَتْ كَلِمَةً تَخْرُجُ مِنْ أَفْوَاهِهِمْ

Buruk sungguh perkataan celupar yang keluar dari mulut mereka; marah betul Allah dengan apa yang mereka katakan itu.

Allah gunakan perkataan كَلِمَةً. Ianya bermakna satu kalimat sahaja. Sebab, kalau kata-kata yang banyak, perkataan kalam akan digunakan. Ini bermakna, kalau cakap satu kalimat yang syirik sahaja sudah berat dah. Apatah lagi zaman sekarang yang macam-macam perkara syirik yang dikatakan dan diamalkan oleh masyarakat kita.

Besar sekali apa yang mereka kata itu. Ini bermaksud mereka memperbesarkan selain dari Allah. Musyrikin Mekah mengatakan Allah ada anak, iaitu malaikat-malaikat yang mereka kata mereka itu adalah perempuan. Kristian pula mengatakan Isa a.s. itu anak Allah. Yahudi mengatakan Nabi Uzair anak Allah. Apabila mereka mengatakan Allah ada anak, mereka membesarkan selain Allah dan merendahkan Allah. Iaitu mereka mengatakan Allah memerlukan anak untuk mentadbir alam ini. Seperti mengatakan Allah itu lemah, maka Allah memerlukan makhluk lain untuk membantuNya. Ma sha Allah! Itu adalah syirik yang besar.

 إِنْ يَقُولُونَ إِلَّا كَذِبًا

Tidaklah mereka mengatakan melainkan dusta semata-mata; ajaran mereka tentang menggunakan perantaraan itu adalah dusta semata-mata. Walaupun mereka berniat baik, tapi kalau tidak membawa dalil bukti, itu termasuk dusta. Kerana dalam mengajar hal agama, kena bawa dalil.

——————————————————————————–

Ayat 6:

18:6

Transliteration
fa-laʿallaka bākhiʿun nafsaka ʿalā ʾāthārihim ʾin lam yuʾminū bi-hādhā l-ḥadīthi ʾasafan

 Sahih International

Then perhaps you would kill yourself through grief over them, [O Muhammad], if they do not believe in this message, [and] out of sorrow.

Malay

Maka jangan-jangan pula engkau (wahai Muhammad), membinasakan dirimu disebabkan menanggung dukacita terhadap kesan-kesan perbuatan buruk mereka, jika mereka enggan beriman kepada keterangan Al-Quran ini.

فَلَعَلَّكَ بَاخِعٌ نَفْسَكَ

Barangkali kamu akan membinasakan diri kamu Muhammad; Ayat ini ditujukan kepada Nabi Muhammad atau kepada sesiapa yang menyampaikan tauhid ini. Kalau dulu semasa diturunkan, ayat ini ditujukan kepada Nabi. Iaitu Nabi amat bersedih dengan kaumnya yang tidak mahu menerima ajakan tauhid dari baginda.

Perkataan بَاخِعٌ bermaksud mengganggu emosi seseorang yang sampai kepada tahap boleh membunuh. Macam kalau kita memaki seorang yang sakit jantung, sampai dia mati. Ianya adalah ‘membunuh tanpa menggunakan senjata’. Nabi Muhammad atas kesedihannya, teruk sangat sampai boleh membawa kepada kematian.

Mufassir ada mengatakan bahawa Nabi sedih sangat kerana dia telah ditunjukkan dengan kesan-kesan buruk yang disebabkan oleh agama Kristian itu. Dalam ayat sebelum ini, memperkatakan tentang ajaran sesat Kristian yang mengatakan tentang mereka mengambil Nabi Isa sebagai anak Tuhan. Jadi, ayat itu adalah tentang agama Kristian. Dalam ayat ini, ada digunakan فَ dalam perkataan فَلَعَلَّكَ itu. Ini bermaksud, ayat ini adalah sambungan dari ayat sebelumnya.

عَلَىٰ آثَارِهِمْ

Atas kesan-kesan mereka; tidak mahu beriman. Ini adalah kerana Nabi hairan kenapa mereka tidak juga mahu beriman. Setelah dibawakan dalil-dalil bukti, mereka masih tidak mahu beriman.

Apakah kesan dari Kristian itu? Kita kena lihat sejarah untuk memahami apakah yang dimaksudkan oleh ayat ini. Pada Zaman Kegelapan Barat, yang memegang tampuk pemerintahan adalah golongan gereja. Mereka mengusai masyarakat Kristian yang tidak berilmu. Masyarakat menganggap golongan gereja inilah yang dapat menyelamatkan mereka. Tapi dalam masa yang sama, ada juga anak-anak muda yang telah pergi belajar ke negara-negara Islam seperti Andalusia dan sebagainya. Waktu itu, Islam telah maju dalam bidang sains.

Apabila mereka yang telah belajar di negara Islam itu pulang, mereka telah membawa kemodenan bersama mereka. Kemajuan itu telah menggugat kedudukan golongan gereja yang selama ini boleh memperbodohkan masyarakat waktu itu. Jadi, golongan gereja melihat golongan terpelajar ini sebagai satu perkara yang perlu disesarkan. Maka, mereka telah menggunakan kuasa mereka yang ada untuk menjatuhkan golongan terpelajar itu. Mereka telah membunuh mereka, membakar perpustakaan, buku-buku mereka dan sebagainya. Mereka telah mencipta alat-alat seksaan untuk menyeksa orang-orang sains. Mereka kata mereka buat itu adalah untuk menyelamatkan roh mereka supaya mereka selamat di akhirat kelak.

Golongan terpelajar itu telah melawan balik. Akhirnya mereka telah berjaya mendapat kuasa. Inilah yang dinamakan Zaman Renaissance. Apabila mereka telah berkuasa, mereka telah menundukkan kuasa agama. Kerana mereka telah lihat bagaimana bahayanya orang agama kalau mereka berkuasa. Mereka tidak memusnahkannya terus. Cuma mereka merendahkan kedudukannya untuk kegunaan peribadi sahaja. Dalam hal-hal peribadi, boleh pakai agama, tapi dalam hal lain, kena pakai intelek manusia. Inilah konsep sekular. Inilah permulaan konsep sekular diperkenalkan dalam dunia.

Hasilnya, masyarakat semakin jauh dari agama. Tiada lagi kebergantungan kepada Tuhan. Mereka memandang bahawa dalam hal kehidupan, mereka hanya gunakan intelek sahaja. Agama sudah tidak ada lagi kesan dalam kehidupan. Hanya digunakan dalam hal-hal tertentu sahaja.

Model ini telah dibawa kepada negara-negara yang mereka jajah. Mereka juga telah menjajah kita dahulu. Konsep ini telah diterapkan dalam masyarakat kita. Oleh kerana itu, hal-hal agama hanya dalam perkara tertentu sahaja, seperti nikah kahwin, kematian, khitan dan sebagainya. Tapi hal undang-undang, pemerintahan dan hal-hal yang penting, bukan diambil dari agama lagi.

Itulah yang Nabi sedih sangat. Kerana baginda telah ditunjukkan kesan kerosakan yang dibawa oleh golongan Kristian itu. Asalnya agama mereka telah sesat. Mereka merosakkan lagi keadaan dengan menentang kemajuan sains yang dibawa oleh golongan terpelajar itu. Itu adalah kerana agama Kristian menolak kemajuan kerana ianya memang agama yang sesat. Kemajuan tidak boleh duduk bersama dengan agama Kristian. Lain dengan agama Islam. Islam tidak ada masalah dengan logik akal dan kemajuan sains. Tapi kerana kesan kesesatan ahli agama Kristian itu, semua agama telah terpalit dengan kebodohan mereka itu.

Produk yang mereka keluarkan adalah materialism. Mereka hanya memandang hal luaran sahaja. Mereka tidak mementingkan Tuhan lagi. Mereka hanya mahukan keseronokan dan bagaimana hendak memberi nikmat kepada badan sahaja. Tidak kepada batin lagi. Manusia sudah tidak melihat kepada kehidupan selepas mati, tapi hanya mementingkan kehidupan keduniaan sahaja. Nafsu tubuh badan dipuaskan semaksima mungkin. Kesan ini telah menyerap masuk ke dalam masyarakat Islam sendiri.

 إِنْ لَمْ يُؤْمِنُوا بِهَٰذَا الْحَدِيثِ

Tidak mahu beriman kepada Quran ini.

Perkataan الْحَدِيثِ merujuk kepada Quran. Dari segi bahasa, ianya adalah bermaksud ucapan. Quran dirujuk juga sebegini kerana ia disampaikan dari orang ke orang yang lain dengan cara ucapan. Iaitu dibacakan kepada mereka. Quran akan tetap teguh dengan cara begini. Quran perlu dihidupkan dengan manusia bercakap tentang ayat-ayat Quran. Nabi takut manusia sudah tidak bercakap tentang Quran lagi. Itulah sebabnya baginda takut dan sedih.

أَسَفًا

Kerana sedih; Nabi rasa macam nak membinasakan diri baginda kerana baginda sedih sangat. Tidaklah Nabi membinasakan diri baginda. Tidak berlaku pun begitu. Nabi kehairanan kenapalah mereka tidak mahu beriman? Macam kita sekarang hairan kenapa banyak manusia yang bertawasul ini? Padahal tidak ada dalil pun perbuatan mereka itu. Apa mereka buat itu dah seperti orang kafir, macam Kristian, Hindu dan penganut Buddha dah. Tapi kerana mereka tidak belajar, mereka tidak nampak kesalahan yang mereka buat itu. Mereka hanya mengikut sahaja ajaran guru-guru mereka tanpa usul periksa.

Perkataan أَسَفًا bermaksud satu jenis kesedihan yang kita alami dan kita tahu kita tidak berbuat apa-apa tentangnya. Nabi sedih kerana apabila perkara itu terjadi, dia tidak ada lagi dalam dunia untuk melakukan apa-apa. Yang ada ditinggalkan adalah Quran sahaja. Jadi, hendaklah kita jadikan Quran itu sebagai pedoman kita untuk mengelakkan kita dari terjerumus ke dalam lembah materialism itu.

the one who kills: بَاخِعٌ

their footsteps: آثَارِهِمْ

narrations: الْحَدِيثِ

grief: أَسَفًا

———————————————————————————-

Ayat 7:

18:7

Transliteration
ʾinnā jaʿalnā mā ʿalā l-ʾarḍi zīnatan lahā li-nabluwahum ʾayyuhum ʾaḥsanu ʿamalan

 Sahih International

Indeed, We have made that which is on the earth adornment for it that We may test them [as to] which of them is best in deed.

Malay

Sesungguhnya Kami telah jadikan apa yang ada di muka bumi sebagai perhiasan baginya, kerana Kami hendak menguji mereka, siapakah di antaranya yang lebih baik amalnya.

إِنَّا جَعَلْنَا مَا عَلَى الْأَرْضِ

Sesungguhnya Kami menjadikan makhluk-makhluk yang ada diatas bumi; termasuk bumi dan segala yang ada di dalamnya. Dengan emas dan permatanya, tanamannya dan segala hasilnya. Semua itu adalah ‘makhluk’ – yang dijadikan.

 زِينَةً لَهَا

Sebagai perhiasan hidup di dunia sahaja; Supaya kamu dapat memilikinya. Kenapakah dijadikan semua itu? Dunia ini dijadikan sebagai tempat ujian sahaja. Bukan tempat tinggal yang kekal.

Dunia ini adalah sebagai tempat ujian. Dalam ayat sebelum ini, telah disebutkan tentang materialisma. Bagaimana manusia telah dirosakkan pegangan mereka sampai mereka hanya melihat perkara material sahaja. Mereka melupakan hal dalaman. Allah hendak mengingatkan bahawa semua material yang Allah jadikan di dunia ini adalah sebagai ujian kepada kita. Mereka yang mementingkan materialisma sahaja, akan memandang betapa cantiknya dunia ini dan melupakan hal-hal akhirat. Itu bermakna mereka telah gagal dalam ujian itu. Kita boleh gunakan dunia ini, tapi jangan sampai kita lupakan akhirat.

 لِنَبْلُوَهُمْ أَيُّهُمْ أَحْسَنُ عَمَلًا

Supaya kami dapat uji mereka siapa yang antara mereka yang terbaik amalan mereka; Bukan nak lihat siapa boleh buat terbanyak, tapi أَحْسَنُ – yang terbaik. Molek kalau kita buat sikit sahaja ibadat, tapi dalam bentuk terbaik. Bukan buat sambil lewa sahaja. Maknanya, kita melebihkan kualiti dari kuantiti. Dan lebih baik lagi kalau kita buat banyak-banyak semampu kita.

Sekali lagi Allah menyebut tentang amalan. Dalam ayat kedua, Allah menyebut bahawa orang beriman itu mesti mengamalkan amalan yang soleh. Oleh itu, kita kena jaga amal ibadat kita dan pastikan bahawa amal ibadat itu adalah berdasarkan dari sumber yang sahih. Itulah amalan yang baik. Tidak berguna langsung kalau amalan itu banyak, tapi bukan diambil dari sumber dan nas yang sahih. Ianya bukan sahaja tidak membantu kita, tapi akan menjadi sebab pula untuk kita diazab di akhirat kelak. Kerana itu semua adalah amalan bidaah. Segala amalan bidaah adalah sesat. Tapi guru-guru yang tidak berilmu telah mengajar bahawa ada amalan bidaah yang dipanggil ‘bidaah hasanah’. Mereka tidak faham apakah maksud bidaah hasanah itu. Apabila mereka tidak faham, anak murid mereka pun tidak faham. Maka bercambahlah amalan-amalan bidaah dalam masyarakat yang mereka labelkan sebagai bidaah hasanah. Mereka tidak sedar bahawa bukan mereka yang sepatutnya menentukan samada ianya baik atau tidak, tapi Allah. Allah telah mengajar Nabi Muhammad tentang apakah amalan yang baik itu. Dan Nabi telah sampaikan kepada sahabat-sahabat baginda dan mereka telah sampaikan kepada kita.

Kalau kita hendak mendapatkan janji Allah supaya ditempatkan dalam syurga kekal abadi, maka hendaklah kita pastikan amalan kita itu adalah amalan yang terbaik. Itu semua akan kita dapati apabila kita belajar hadis-hadis yang sahih.

—————————————————————————–

Ayat 8:

18:8

Transliteration
wa-ʾinnā la-jāʿilūna mā ʿalayhā ṣaʿīdan juruzan

 Sahih International

And indeed, We will make that which is upon it [into] a barren ground.

Malay

Dan sesungguhnya Kami akan jadikan apa yang ada di bumi itu (punah-ranah) sebagai tanah yang tandus.

وَإِنَّا لَجَاعِلُونَ مَا عَلَيْهَا

Dan Kami akan jadikan apa yang ada dibumi itu,

Lihatlah penekanan yang Allah letakkan dalam ayat ini. Sudahlah ada perkataan إِنَّ, Allah tambah lagi dengan huruf ل sebagai penekanan lagi. Maknanya, tidak syak lagi, Allah akan buat. Jangan ada perasaan dalam hati kita yang Kiamat tidak akan berlaku. Ianya PASTI akan terjadi.

 صَعِيدًا جُرُزًا

menjadi tanah yang rata bersih; Ini akan berlaku apabila kiamat nanti. Waktu itu, semuanya hancur, tidak akan ada apa-apa lagi dah yang akan tinggal. Sebenarnya, kalau bumi ini bergegar tak berhenti-henti, tanah bumi ini semua akan hancur dan masuk dalam laut dan bumi akan jadi rata. Tapi Allah telah jadikan bumi ini tidak bergerak untuk keselesaan kita dan keselamatan kita. Tapi pada hari Kiamat nanti, semuanya akan hancur dan tidak akan tinggal apa-apa lagi dah.

Perkataan صَعِيدًا bermaksud ‘mengumpulkan debu’. Kalau kita tinggalkan sesuatu tempat itu tidak berpenghuni, lama-lama debu sahaja yang akan menutupinya.

Perkataan جُرُزًا bermaksud ‘tandus’, tidak ada apa yang boleh tumbuh lagi disitu.

———————————————————————————–

Ada empat kisah yang akan disebutkan dalam surah Kahfi ini selepas ini. Diantara kisah-kisah itu ada pengajaran yang Allah akan ingatkan kepada kita. Kisah pertama adalah kisah Pemuda Kahfi. Daripada kisah itulah diambil dan dijadikan tajuk surah ini.

Cerita Pemuda Kahfi selepas ini terjadi selepas Nabi Isa a.s. diangkat ke langit. Sebelum diutus Nabi Muhammad. Pemuda-pemuda Kahfi itu adalah pengikut ajaran Nabi Isa. Kahfi itu bermakna ‘Gua’ iaitu tempat pemuda-pemuda itu menyembunyikan diri dari raja mereka yang sesat yang menyuruh mereka meninggalkan agama tauhid. Mereka adalah pemuda-pemuda yang pegang tauhid. Ini adalah kisah mereka.

Atau ada juga pendapat yang mengatakan kisah mereka ini terjadi sebelum agama Kristian lagi. Kerana kalau mereka agama Kristian, tentunya Pendita Yahudi tidak akan ambil kisah tentang kisah mereka ini dan tidak akan simpan maklumat tentangnya. Ini adalah kerana mereka amat tidak sefahaman dengan orang-orang Kristian. Tapi, kita boleh lihat bahawa apabila pemuka Quraish bertanya kepada mereka tentang samada Nabi Muhammad adalah nabi atau tidak, Pendita Yahudi itu mengeluarkan kisah Pemuda Kahfi ini untuk ditanyakan kepada Nabi Muhammad.

Ayat 9: Permulaan kisah Pemuda Kahfi

18:9

Transliteration
ʾam ḥasibta ʾanna ʾaṣḥāba l-kahfi wa-r-raqīmi kānū min ʾāyātinā ʿajaban

 Sahih International

Or have you thought that the companions of the cave and the inscription were, among Our signs, a wonder?

Malay

Adakah engkau menyangka, bahawa kisah “Ashaabul Kahfi” dan “Ar-Raqiim” itu sahaja yang menakjubkan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan Kami?

أَمْ حَسِبْتَ أَنَّ أَصْحَابَ الْكَهْفِ

Apakah kamu anggap penghuni gua itu,

 وَالرَّقِيمِ

dan batu bersurat; Batu bersurat yang menulis kisah mereka. Atau yang menulis nama-nama mereka. Ianya adalah satu bentuk tulisan yang tahan bertahun-tahun lamanya. Boleh bertahan berkurun-kurun lamanya.

 كَانُوا مِنْ آيَاتِنَا عَجَبًا

adalah benda yang menjadi tanda-tanda Allah yang menakjubkan? Adakah kamu rasa tidur dalam gua itu beberapa tahus itu dah ajaib dah? Padahal Allah telah cipta semua yang ada dalam dunia ini, dari tiada kepada ada, lagi menakjubkan. Penciptaan langit dan bumi lagi menakjubkan. Padahal mereka yang Allah tidurkan itu adalah makhluk yang sudah wujud, cuma Allah tidurkan sahaja mereka. Bahkan ada banyak lagi perkara lain yang menakjubkan. Allah nak ingatkan kepada kita, jangan lupa melihat keajaiban lain dalam alam ini yang Allah telah jadikan.

Muqaddimah surah ini adalah tentang tawasul. Iaitu apabila Allah menjelaskan bahawa Dia tidak mengambil anak angkat. Sebelum itu cerita tentang Allah. Yang diberitahu dalam ayat itu adalah kita kena puji Dia. Dan kemudian, diceritakan tentang Quran. Berkenaan dengan lurusnya Quran itu. Dan kemudian diberitahu bahawa tugas Nabi adalah menyampaikan berita buruk dan berita baik. Maknanya, cerita dalam surah Kahf ini adalah tentang masyarakat yang sudah bertawasul dah waktu itu. Kalau kita sekarang bertawasul pula, maka kita pun macam mereka juga sebenarnya. Jadi cerita kesalahan yang dilakukan oleh manusia itu sama sahaja pada dasarnya dari dulu sampai sekarang.

Pemuda-pemuda itu dikatakan adalah anak-anak pembesar negara. Masyarakat waktu itu memang mengikut syariat agama tapi sudah melakukan syirik dengan mengamalkan tawasul. Macam Kristian sekarang pun, mereka bertawasul dengan Nabi Isa. Atau raja negeri itu telah syirik kerana sembah berhala. Dan pemuda-pemuda itu pegang syariat bahawa Nabi Isa adalah Rasul. Maka raja yang musyrik itu telah kata kepada rakyat bahawa kalau mereka tak sembah berhala, mereka akan dibunuh. Peristiwa dalam Quran ini berlaku setelah sampai kepada pengetahuan raja bahawa pemuda-pemuda itu telah mengamalkan agama yang benar yang bertentangan dengan apa yang Raja dan orang lain amalkan. Dia suruh mereka murtad balik. Kalau mereka tidak buat syirik macam mereka juga, dia akan bunuh mereka.

—————————————————————————————

Ayat 10:

18:10

Transliteration
ʾidh ʾawā l-fityatu ʾilā l-kahfi fa-qālū rabbanā ʾātinā min ladunka raḥmatan wa-hayyiʾ lanā min ʾamrinā rashadan

 Sahih International

[Mention] when the youths retreated to the cave and said, “Our Lord, grant us from Yourself mercy and prepare for us from our affair right guidance.”

Malay

(Ingatkanlah peristiwa) ketika serombongan orang-orang muda pergi ke gua, lalu mereka berdoa: “Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan ugama kami”.

إِذْ أَوَى الْفِتْيَةُ إِلَى الْكَهْفِ

Ketika pemuda-pemuda itu lari ke gua yang besar; Mereka diberi peluang oleh Raja kerana mereka itu semua adalah anak pembesar. Mereka diberi peluang untuk mengubah agama mereka. Tidak terus dibunuh. Mereka telah diberi masa. Dan mereka dibenarkan pulang tapi mereka kena datang datang balik. Dan nama mereka telah ditulis. Itulah yang dikatakan وَالرَّقِيمِ itu – dituliskan nama mereka. Macam nama penjenayah yang akan ditampal di poster. Kerana mereka diberi masa itulah sebabnya mereka sempat lari.

Perkataan أَوَى bermakna mencari perlindungan. Macam kalau kita ketakutan semasa kita kecil, kita akan lari ke arah ibu kita dan memeluknya.

Makna الْفِتْيَةُ ialah ‘pemuda’. Itulah sebabnya mereka dinamakan ‘Pemuda Kahfi’. Dalam ayat 7 sebelum ini, telah disebutkan bagaimana Allah telah mencantikkan dunia ini kepada manusia. Dan orang-orang yang mementing materialisma, mereka hanya memandang dunia sahaja. Siapakah yang paling terkesan dengan dunia dan segala keindahannya? Tentulah orang-orang muda. Mereka inilah yang sedang banyak tenaga, rupa masih elok lagi, tanggungjawab kurang dan sedang meningkat naik dalam kehidupan. Merekalah yang banyak terjerumus dalam kehidupan maksiat, tanpa agama dan hanya suka berhibur sahaja. Tapi dalam ayat ini, Allah memberitahu kita bahawa ada pemuda-pemuda yang iman mereka kuat, jalan agama mereka lurus. Mereka telah mengambil keputusan untuk menyelamatkan agama mereka dan mereka lari menujuk kepada gua untuk menyembunyikan diri. Mereka itu anak pembesar-pembesar negara. Kalau mereka mahukan kemewahan dan nikmat dunia, mereka memang boleh dapat. Tapi iman mereka telah mendorong mereka untuk mengasingkan diri mereka dari orang-orang yang telah rosak akhlak dan agama mereka.

 رَبَّنَا آتِنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً

Mereka berdoa: “wahai Tuhan yang mencipta, mentadbir dan memelihara kami, berilah kepada kami dari sisi Kamu, rahmat yang khas”.

Allah mengingatkan kepada kita bahawa pertolongan hanya datang dari Allah. Kalau ada apa-apa masalah, pohonlah kepada Allah.

 وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدًا

Dan sediakanlah kepada kami dalam urusan hidup kami ini, suatu petunjuk; mereka meminta petunjuk dari Allah kerana mereka berada dalam masyarakat yang mengamalkan syirik. Mereka bermohon semoga kesudahan akhir mereka adalah di bawah petunjuk yang lurus. Maka kita hendaklah memberitahu masyarakat bahawa tawasul itu adalah perbuatan syirik. Sekarang dah banyak sangat dah yang mengamalkan tawasul ini. Mulanya mereka tahu bahawa mereka menggunakan Nabi, wali atau malaikat itu sebagai perantara sahaja. Kita takut, lama kelamaan, mereka akan terus berdoa kepada entiti itu sendiri. Kita takut macam orang Syiah sekarang. Mereka bukan minta kat Allah dah, tapi mereka terus minta kepada Huseein dah. Kalau mereka ada masalah, mereka berdoa kepada Hussein terus. Semoga masyarakat kita tidak jadi macam itu. Semoga kita boleh terangkan kepada manusia bahayanya tawasul itu sebelum terlambat.

Mereka memerlukan petunjuk dalam kehidupan dunia ini. Itu adalah petunjuk agama. Tapi dalam masa yang sama juga, mereka memerlukan petunjuk bagaimana untuk menyelamatkan diri. Allah telah memberi jalan kepada mereka untuk memilih satu gua yang sesuai untuk mereka menghilangkan diri.

Itu adalah cerita ringkas berkenaan pemuda gua itu. Ada enam orang pemuda semuanya. Mereka tahu bahawa kalau mereka tinggal lagi bersama kaum mereka yang mengamalkan syirik itu, mereka akan dibunuh. Semasa mereka dalam perjalanan hendak lari, mereka telah berjumpa dengan seorang pengembala kambing. Pengembala itu ada seekor anjing. Mereka telah ajar tentang tauhid kepada pengembala itu dan pengembala itu beriman dan akhirnya telah mengikut mereka. Maka, sekarang sudah ada tujuh orang dan seekor anjing. 

retreated: أَوَى

facilitate: وَهَيِّئْ

———————————————————————————-

Ayat 11: Allah telah menerima doa mereka tadi. Maka, Tuhan telah tidurkan mereka. Pendek sahaja doa mereka itu. Tapi dimakbulkan Allah. Tak macam sekarang, panjang-panjang doa yang dibaca oleh imam atau uaztaz yang dijemput untuk baca doa, tapi belum tentu dimakbulkan lagi. Apa yang mereka minta adalah rahmat dan petunjuk. Maka eloklah doa ini dibaca sebagai salah satu doa yang kita amalkan.

Mereka adalah golongan anak-anak muda. Memang begitulah lumrah dunia. Kebanyakan yang orang-orang yang memenuhi seruan Allah dan RasulNya adalah dari golongan muda. Sedangkan golongan tua kebanyakannya hanya mahu berpegang dengan pemahaman mereka tentang agama walaupun mereka dalam kesalahan. Mereka telah lama memegang satu pegangan agama. Apabila diberikan dalil dari Quran dan Sunnah, mereka susah nak terima kerana mereka rasa apa yang mereka buat dulu itu sudah betul dah. Dah diamalkan turun temurun. Akal fikiran mereka telah tertutup.

18:11

Transliteration
fa-ḍarabnā ʿalā ʾādhānihim fī l-kahfi sinīna ʿadadan

 Sahih International

So We cast [a cover of sleep] over their ears within the cave for a number of years.

Malay

Lalu Kami tidurkan mereka dengan nyenyaknya dalam gua itu, bertahun-tahun, yang banyak bilangannya.

فَضَرَبْنَا عَلَىٰ آذَانِهِمْ فِي الْكَهْفِ

Maka Kami tutupkan keatas telinga mereka dalam gua itu

Allah menggunakan perkataan ضَرَبْ. Ianya berasal dari maksud ‘memukul’. Kalau kita pukul telinga seseorang, dia tidak dapat mendengar untuk seketika. Ini adalah satu peribahasa yang digunakan. Ianya bermakna Allah menutup pendengaran mereka. Kerana mereka akan ditidurkan. Kalau telinga kita mendengar bunyi bising, kita akan terjaga. Begitulah juga dengan Pemuda Kahf itu. Allah menutup pendengaran mereka. Itu adalah penting. Kerana telinga tidak ada penutup. Kalau mata, boleh ditutup oleh kelopak mata.

 سِنِينَ عَدَدًا

selama beberapa tahun lamanya; Tidak diceritakan disini berapa lama. Itu tidak penting. Kerana yang penting adalah pengajaran di dalamnya. Ini juga hendak menempelak bangsa Yahudi yang mementingkan maklumat dan fakta tentang perkara-perkara sebegini. Mereka hendak tahu nama mereka, dari asal mereka, berapa tahun mereka tidur dan sebagainya. Padahal maklumat itu tidak penting. Mereka mementingkan fakta tapi mereka tidak mengambil pengajaran dari kisah yang diceritakan. Itulah sebabnyak kisah Israiliyat yang berasal dari mereka tentang kisah-kisah dahulu begitu banyak maklumat di dalamnya. Kadang-kadang maklumat yang karut marut. Tapi mereka akhirnya sesat juga. Jadi, berhati-hatilah kita semua jangan berperangai sepergi mereka. Tidaklah perlu kita mengetahui secara tepat kisah tentang orang-orang dahulu.

Tujuan Quran bukanlah hendak memberikan fakta-fakta yang tidak penting itu. Yang penting adalah pengajaran di dalamnya. Oleh itu, kalau kita lihat Quran ada beritahu nama dan bilangan dan fakta-fakta, itu bermakna maklumat itu adalah penting.

———————————————————————————

Ayat 12:

18:12

Transliteration
thumma baʿathnāhum li-naʿlama ʾayyu l-ḥizbayni ʾaḥṣā li-mā labithū ʾamadan

 Sahih International

Then We awakened them that We might show which of the two factions was most precise in calculating what [extent] they had remained in time.

Malay

Kemudian Kami bangkitkan mereka (dari tidurnya), untuk Kami menguji siapakah dari dua golongan di antara mereka yang lebih tepat kiraannya, tentang lamanya mereka hidup (dalam gua itu).

ثُمَّ بَعَثْنَاهُمْ

Kemudian Kami bangkitkan mereka

 لِنَعْلَمَ أَيُّ الْحِزْبَيْنِ أَحْصَىٰ

supaya Kami dapat tahu tekaan siapakah yang paling tepat

Perkataan الْحِزْبَيْنِ bermaksud ‘dua kumpulan’. Diambil dari kata حِزْبَ. Apabila Pemuda-pemuda Kahfi itu bangkit dari tidur mereka, mereka telah berpecah kepada dua kumpulan, berbeza pendapat tentang berapa lama mereka tinggal di dalam gua itu. Ini menunjukkan amat senang sekali manusia berbeza pendapat antara mereka.

Perkataan أَحْصَىٰ asalnya bermaksud ‘batu kerikil’. Batu kerikil digunakan oleh orang-orang dahulu sebagai alat untuk mengira. Apabila perkataan أَحْصَىٰ digunakan, ia bermaksud ‘mengira’.

 لِمَا لَبِثُوا أَمَدًا

tentang berapa lama mereka tinggal dalam gua; Mereka tidak tahu berapa lama mereka tidur disitu. Menunjukkan bahawa ilmu Allah itu tiada siapa yang tahu. Perkataan أَمَدًا bermaksud ‘masa yang lama’. Pemuda-pemuda itu tahu bahawa mereka telah tidur lama di dalam gua itu. Cuma mereka tidak pasti berapa lama.

—————————————————————————————

Ayat 13: Allah berhenti seketika dari meneruskan kisah mereka. Seperti guru yang berhenti seketika semasa bercerita untuk memberi komentar.

18:13

Transliteration
naḥnu naquṣṣu ʿalayka nabaʾahum bi-l-ḥaqqi ʾinnahum fityatun ʾāmanū bi-rabbihim wa-zidnāhum hudan

 Sahih International

It is We who relate to you, [O Muhammad], their story in truth. Indeed, they were youths who believed in their Lord, and We increased them in guidance.

Malay

Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) perihal mereka dengan benar; sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan Kami tambahi mereka dengan hidayah petunjuk.

نَحْنُ نَقُصُّ عَلَيْكَ نَبَأَهُمْ بِالْحَقِّ

Kami ceritakan kepada kamu (Muhammad) cerita mereka dengan benar.

 إِنَّهُمْ فِتْيَةٌ آمَنُوا بِرَبِّهِمْ

Bahawasanya pemuda-pemuda itu adalah mereka yang beriman sempurna dengan Tuhan mereka; Iaitu mereka tidak syirik kepada Allah. Dan Allah mengingatkan kepada orang-orang muda untuk mengawal nafsu mereka. Orang muda lah yang terbuka kepada sifat keduniaan yang tinggi. Mereka selalunya tidak menghiraukan agama. Merekalah yang selalu kalah dengan panggilan materialisma.

وَزِدْنَاهُمْ هُدًى

Dan Kami tambah petunjuk kepada mereka; Ayat ini sebagai dalil bagi mengatakan bahawa iman itu boleh bertambah dan berkurang. Allah telah menambah keimanan dan ketaqwaan pemuda-pemuda itu kerana mereka telah beriman. 

Allah telah memberi petunjuk kepada mereka. Dalam kisah mereka, Allah telah memberi petunjuk kepada mereka untuk menghal ke kawasan pergunungan untuk sampai ke gua yang akhirnya mereka akan diami itu.

————————————————————————————–

Ayat 14: Kembali kepada cerita mereka mengadap raja. Tadi telah diberikan kisah yang ringkas. Sekarang Allah hendak menceritakan kenapa mereka lari pada mulanya. Sekarang Allah telah membawa balik kepada masa mereka dipanggil mengadap Raja mereka.

18:14

Transliteration
wa-rabaṭnā ʿalā qulūbihim ʾidh qāmū fa-qālū rabbunā rabbu s-samāwāti wa-l-ʾarḍi lan nadʿuwa min dūnihī ʾilāhan la-qad qulnā ʾidhan shaṭaṭan

 Sahih International

And We made firm their hearts when they stood up and said, “Our Lord is the Lord of the heavens and the earth. Never will we invoke besides Him any deity. We would have certainly spoken, then, an excessive transgression.

Malay

Dan Kami kuatkan hati mereka (dengan kesabaran dan keberanian), semasa mereka bangun (menegaskan tauhid) lalu berkata: “Tuhan kami ialah Tuhan yang mencipta dan mentadbirkan langit dan bumi; kami tidak sekali-kali akan menyembah Tuhan yang lain dari padanya; jika kami menyembah yang lainnya bermakna kami memperkatakan dan mengakui sesuatu yang jauh dari kebenaran.”

وَرَبَطْنَا عَلَىٰ قُلُوبِهِمْ إِذْ قَامُوا

Dan Kami teguhkan atas hati-hati mereka ketika mereka bangun berdiri; Pemuda Kahfi itu adalah pemuda yang telah mendapat iman. Dan mereka telah dipertemukan sesama mereka oleh Allah dalam keimanan. Mereka telah membina tempat ibadat kepada Allah yang mereka gunakan secara sembunyi. Ada yang telah melapurkan perkara itu kepada Raja dan Raja telah memanggil mereka.

Bayangkan kalau kita telah dipanggil mengadap ketua negara. Tentulah ianya satu perkara yang menakutkan. Tapi walaupun begitu, mereka telah berkata benar tentang keimanan mereka, malah telah mengajak Raja itu supaya beriman kepada Allah. Mereka itu berdiri di hadapan raja yang akan bunuh mereka kalau mereka tidak sembah berhala. Allah telah kuatkan hati mereka untuk berdepan dengan Raja yang zalim.

Ramai antara kita ini, bukan orang nak bunuh pun, tapi nak cerita yang benar pun dah takut dah. Kalau cerita pun, sikit-sikit sahaja. Antaranya, kita tidak tegur orang yang buat kesyirikan dalam tawasul (perantaraan). Padahal tawasul ini semua orang dah buat sampai dah masuk dalam masjid dah. Tambahan pula lagi luar masjid. Ada antara kita yang telah faham bahawa ianya adalah perbuatan yang salah, tapi takut nak beritahu orang lain. Takut orang tohmah kita atau kata kita pula yang sesat.

 فَقَالُوا رَبُّنَا رَبُّ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ

Mereka berkata: Tuhan kami adalah Tuhan tujuh langit dan tujuh bumi.

 لَنْ نَدْعُوَ مِنْ دُونِهِ إِلَٰهًا

Kami tidak akan sekali-kali menyeru apa sahaja pujaan lain selain dari Allah.

 لَقَدْ قُلْنَا إِذًا شَطَطًا

Sekiranya kami kata demikian, kami telah katakan perkara yang melampaui batas; iaitu perkara yang tak masuk akal. Sesuatu yang amat jauh dari kebenaran. Mereka dengan beraninya mengatakan bahawa agama yang dianuti oleh raja dan rakyat mereka itu adalah satu agama yang amat jauh dari kebenaran.

—————————————————————————————

Ayat 15:

18:15

Transliteration
hāʾulāʾi qawmunā ttakhadhū min dūnihī ʾālihatan law-lā yaʾtūna ʿalayhim bi-sulṭānin bayyinin fa-man ʾaẓlamu mimmani ftarā ʿalā llāhi kadhiban

 Sahih International

These, our people, have taken besides Him deities. Why do they not bring for [worship of] them a clear authority? And who is more unjust than one who invents about Allah a lie?”

Malay

(Mereka berkata pula sesama sendiri): “Kaum kita itu, menyembah beberapa tuhan yang lain dari Allah; sepatutnya mereka mengemukakan keterangan yang nyata yang membuktikan ketuhanan makhluk-makhluk yang mereka sembah itu. (Tetapi mereka tidak dapat berbuat demikian); Maka tidak ada yang lebih zalim dari orang-orang yang berdusta terhadap Allah.

هَٰؤُلَاءِ قَوْمُنَا اتَّخَذُوا مِنْ دُونِهِ آلِهَةً

Mereka-mereka ini, kaum kita itu, memang mengambil selain Allah pujaan lain; Pemuda Kahfi itu bercakap tentang kaum mereka yang telah berbuat syirik. Memang mereka buat amalan tawasul yang salah. Mereka berkata begitu kerana mereka risaukan tentang kaum mereka itu yang telah jauh sesat.

 لَوْلَا يَأْتُونَ عَلَيْهِمْ بِسُلْطَانٍ بَيِّنٍ

Kenapa mereka tidak bawa datang dalil bukti yang jelas nyata?; Dalil yang mereka bawa adalah dalil tok guru sahaja. Bukan dalil dari Quran dan Sunnah. Mereka mengadakan dusta sahaja ke atas Allah. Dalam agama, apa-apa amalan hendaklah menggunakan dalil yang sah. Bukan dengan agak-agak sahaja. Atau dengan menggunakan nas yang tidak sahih.

 فَمَنْ أَظْلَمُ مِمَّنِ افْتَرَىٰ عَلَى اللَّهِ كَذِبًا

Siapakah yang lebih zalim daripada seorang yang berdusta terhadap Allah; mereka berdusta dengan mengatakan Allah itu perlu wakil dalam ibadat dan dalam doa. Padahal Allah tidak pernah suruh macam itu pun. Bayangkan, kalau kita berdusta atas nama orang lain pun, orang itu sudah marah kepada kita. Tambahan lah pula kalau kita berdusta atas nama Allah. Bagaimana kita boleh berani mengatakan bahawa Allah memerlukan perantaraan dalam berdoa kepadaNya?

———————————————————————————-

Ayat 16:

18:16

Transliteration
wa-ʾidhi ʿtazaltumūhum wa-mā yaʿbudūna ʾillā llāha fa-ʾwū ʾilā l-kahfi yanshur lakum rabbukum min raḥmatihī wa-yuhayyiʾ lakum min ʾamrikum mirfaqan

 Sahih International

[The youths said to one another], “And when you have withdrawn from them and that which they worship other than Allah , retreat to the cave. Your Lord will spread out for you of His mercy and will prepare for you from your affair facility.”

Malay

Dan oleh kerana kamu telah mengasingkan diri dari mereka dan dari apa yang mereka sembah yang lain dari Allah, maka pergilah kamu berlindung di gua itu, supaya Tuhan kamu melimpahkan dari rahmatNya kepada kamu, dan menyediakan kemudahan-kemudahan untuk (menjayakan) urusan kamu dengan memberikan bantuan yang berguna”.

وَإِذِ اعْتَزَلْتُمُوهُمْ

Dan ketika kamu menjauhi mereka;

Nama raja itu adalah Dikyanus. Yang berkata ini adalah salah seorang dari pemuda-pemuda itu. Dia adalah sebagai ketua kepada pemuda-pemuda itu.

Raja itu telah mengejar dan mencari mereka tapi tidak menemui mereka. Dikatakan bahawa pandangan Raja tidak dapat melihat mereka seperti juga bagaimana orang-orang Quraish tidak dapat melihat Nabi dan Abu Bakr semasa mereka berdua bersembunyi di dalam gua.

Perkataan اعْتَزَلْ bermaksud mengasingkan diri dari satu-satu kumpulan. Katakalah kita berada dalam satu keraian, tapi kita duduk di tepi tidak bercampur dengan mereka. Begitulah yang dilakukan oleh Pemuda-pemuda Kahf itu. Mereka tidak bercampur lagi dengan perbuatan dan amalan salah kaum mereka.

وَمَا يَعْبُدُونَ إِلَّا اللَّهَ

dan apa-apa yang disembah selain dari Allah; berhala, tok wali dan sebagainya

 فَأْوُوا إِلَى الْكَهْفِ

Maka berlindunglah kamu ke dalam gua

Allah lah memberi ilham kepada mereka untuk berlindung di gua itu.

 يَنْشُرْ لَكُمْ رَبُّكُمْ مِنْ رَحْمَتِهِ

Tuhan kamu akan melimpahkan untuk kamu dari RahmatNya

Perkataan نشر bermaksud mengembangkan, meluaskan. Kita mungkin melihat gua tempat mereka tinggal itu adalah sempit. Macam tidak kena dengan perkataan ‘meluaskan’ itu. Tapi itulah hakikatnya. Walaupun keadaan fizikal sempit, tapi jiwa mereka akan diluaskan. Itu lebih penting.

 وَيُهَيِّئْ لَكُمْ مِنْ أَمْرِكُمْ مِرْفَقًا

dan Allah akan sediakan dalam urusan kamu itu suatu jalan yang mudah

Perkataan مِرْفَقًا bermaksud sesuatu yang menyenangkan. Seperti kawan yang kita senang dengannya dan kita boleh bercakap apa sahaja dengannya. Ia juga bermaksud satu keadaan yang menyenangkan, boleh berehat padanya – seperti tilam dan bantal.

spread: يَنْشُرْ

ease: مِرْفَقًا

———————————————————————————–

Ayat 17: Ayat ini adalah tafsir bagi ayat ke 9. Ayat ke 9 itu adalah ayat yang menceritakan dengan ringkas.

18:17

Transliteration
wa-tarā sh-shamsa ʾidhā ṭalaʿat tazāwaru ʿan kahfihim dhāta l-yamīni wa-ʾidhā gharabat taqriḍuhum dhāta sh-shimāli wa-hum fī fajwatin minhu dhālika min ʾāyāti llāhi man yahdi llāhu fa-huwa l-muhtadi wa-man yuḍlil fa-lan tajida lahū waliyyan murshidan

 

Sahih International

And [had you been present], you would see the sun when it rose, inclining away from their cave on the right, and when it set, passing away from them on the left, while they were [laying] within an open space thereof. That was from the signs of Allah . He whom Allah guides is the [rightly] guided, but he whom He leaves astray – never will you find for him a protecting guide.

Malay

Dan engkau akan melihat matahari ketika terbit, cenderung ke kanan dari gua mereka; dan apabila ia terbenam, meninggalkan mereka ke arah kiri, sedang mereka berada dalam satu lapangan gua itu. Yang demikian ialah dari tanda-tanda (yang membuktikan kekuasaan) Allah. Sesiapa yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah, maka dia lah yang berjaya mencapai kebahagiaan; dan sesiapa yang disesatkanNya maka engkau tidak sekali-kali akan beroleh sebarang penolong yang dapat menunjukkan (jalan yang benar) kepadanya.

وَتَرَى الشَّمْسَ إِذَا طَلَعَتْ تَزَاوَرُ عَنْ كَهْفِهِمْ ذَاتَ الْيَمِينِ

Dan kamu dapat tengok apabila matahari terbit, ia akan cenderung ke sebelah kanan gua mereka

Allah memberikan penerangan tentang perjalanan matahari di tempat itu. Seperti Allah hendak kita membayangkan kita berada di sana.

Perkataan تَزَاوَرُ bermaksud lengkongan. Laluan matahari itu tidak tepat kena kepada tempat gua mereka. Tapi cukup untuk cahaya matahari masuk. Gua itu memerlukan cahaya supaya tidak berkulat dan tidak sesak di dalamnya. Ia juga memberikan sedikit kehangatan yang diperlukan oleh mereka di dalamnya. Lihatlah bagaimana Allah menjaga mereka.

 وَإِذَا غَرَبَتْ تَقْرِضُهُمْ ذَاتَ الشِّمَالِ

Dan bila matahari jatuh, ia akan menjauhi dari sebelah kiri pintu gua;

Apabila waktu petang, matahari akan semakin menjauh dari gua itu. Ini adalah kerana Allah hendak menyorokkan gua itu dari orang ramai. Kalau ada orang yang datang ke kawasan itu, ada kemungkinan mereka akan mula bertolak dari rumah mereka dan sampai ke kawasan itu pada waktu petang. Jadi, jika matahari menjauh dari tempat gua itu, kemungkinan manusia untuk menjumpai tempat itu adalah tipis.

Pintu gua ada depan dan belakang. Mereka tidur di tengah. Mereka akan digolekkan oleh Allah untuk menjauhi matahari. Dari ayat ini, kita boleh tahu bahawa pintu gua itu mengadap ke arah utara. Kerana apabila matahari terbit, matahari itu condong ke sebelah kanan. Iaitu, bayang-bayang dari sinar matahari itu berada di kanan.

Allah telah memberi isyarat tentang sifat gua itu. Tetapi tidak diberitahunya kepada kita di negeri manakah ianya terletak. Kerana dimana ianya terletak tidaklah penting. Yang penting adalah apakah pengajaran yang boleh diambil dari kisah mereka.

 وَهُمْ فِي فَجْوَةٍ مِنْهُ

Dan mereka berada di ruang luas di tengah-tengah gua; 

Perkataan فَجْوَةٍ bermaksud ‘di tengah-tengah’. Ini mengisyaratkan bahawa mereka mungkin mereka berada di tengah-tengah gua itu. Atau gua itu berada di tengah-tengah lembah antara dua bukit atau gunung.

Sinar matahari itu tidak kena kepada mereka kerana mereka berada di ruang yang luas dalam gua itu. Kerana kalau mereka mengenai sinar matahari itu, nescaya badan dan pakaian mereka akan terbakar.

ذَٰلِكَ مِنْ آيَاتِ اللَّهِ

Demikian itu dari dalil-dalil bukti Allah; bahawanya Allah mampu untuk buat apa sahaja. Dialah yang mengarahkan mereka untuk pergi ke gua itu. Dialah yang memberikan keadaan yang sesuai untuk mereka tinggal di dalam gua itu. Angin boleh masuk dalam gua itu tapi sinar matahari tidak tepat mengenai mereka.

مَنْ يَهْدِ اللَّهُ فَهُوَ الْمُهْتَدِ

Sesiapa yang dipimpin oleh Allah, maka dia sahaja yang terpimpin; bukan isteri, bukan anak dia. Oleh itu, dia kena ajar isteri dan anak dia tentang kebenaran.

وَمَنْ يُضْلِلْ فَلَنْ تَجِدَ لَهُ وَلِيًّ

Dan sesiapa yang disesatkan oleh Allah, kamu sekali-kali tidak dapat mereka ada penjamin daripada perbicaraan; Kalau di dunia, ada orang boleh tolong beri jamin, tapi tidak di Padang Mahsyar.

مُرْشِدًا

dan orang yang boleh beri petunjuk kepada mereka. 

—————————————————————————————–

Ayat 18: Ini adalah tafsir bagi ayat 11

18:18

Transliteration
wa-taḥsabuhum ʾayqāẓan wa-hum ruqūdun wa-nuqallibuhum dhāta l-yamīni wa-dhāta sh-shimāli wa-kalbuhum bāsiṭun dhirāʿayhi bi-l-waṣīdi lawi ṭṭalaʿta ʿalayhim la-wallayta minhum firāran wa-la-muliʾta minhum ruʿban

 Sahih International

And you would think them awake, while they were asleep. And We turned them to the right and to the left, while their dog stretched his forelegs at the entrance. If you had looked at them, you would have turned from them in flight and been filled by them with terror.

Malay

Dan engkau sangka mereka sedar, padahal mereka tidur; dan Kami balik-balikkan mereka dalam tidurnya ke sebelah kanan dan ke sebelah kiri; sedang anjing mereka menghulurkan dua kaki depannya dekat pintu gua; jika engkau melihat mereka, tentulah engkau akan berpaling melarikan diri dari mereka, dan tentulah engkau akan merasa sepenuh-penuh gerun takut kepada mereka.

وَتَحْسَبُهُمْ أَيْقَاظًا

Kamu sangka mereka itu sedar; sebahagian penafsir ada mengatakan bahawa ketika Allah menidurkan mereka, Allah jadikan mata mereka tidak tertutup dan tetap terbuka.

وَهُمْ رُقُودٌ

sedangkan mereka itu tidur dengan nyenyak sekali;

Makna رُقُودٌ adalah tidur dengan sedap. Tidur dengan nyenyak. Kadang-kadang kita tidur dengan muka kita tersenyum. Bukan tidur yang menggelisahkan.

 وَنُقَلِّبُهُمْ ذَاتَ الْيَمِينِ

Kami balik-balikkan mereka kearah kanan pintu gua

 وَذَاتَ الشِّمَالِ

dan kearah pintu gua sebelah kiri

Beberapa tafsir tentang ayat ini. Ada yang kata Allah menggerakkan mereka ke arah kiri apabila sinar matahari menyinari sebelah kanan dan menggerakkan mereka ke arah kanan apabila matahari menyinari sebelah kiri. Supaya mereka tidak tepat kena sinaran matahari.

Ada juga yang mengatakan Allah membolak-balikkan badan mereka supaya darah mereka dapat mengalir. Sama seperti yang dilakukan oleh jururawat kepada pesakit yang baring lama. Kerana kalau tidak digerakkan, darah akan mendap ke satu tempat dan akan menyebabkan masalah lain pula.

 وَكَلْبُهُمْ بَاسِطٌ ذِرَاعَيْهِ بِالْوَصِيدِ

Dan anjing mereka menghamparkan dua lengannya kearah pintu gua dengan cara nak terkam; seolah-olah nak terkam, tapi sebenarnya dia tidur juga. Ada yang kata dia tidur dalam keadaan celik. Sebab kalau dia tidur dalam keadaan biasa, tidak kelihatan yang dia sedang menjaga kawasan itu.

Allah menyebut tentang anjing. Anjing itu telah berkhidmat kepada mereka. Oleh itu, janganlah kita menghina anjing. Kadang-kadang orang kita sampai bencikan kepada anjing, kalau nampak sahaja anjing, mereka akan terus tendang atau baling dengan batu dan sebagainya. Kita hendaklah menghormati binatang-binatang yang telah dijadikan oleh Allah.

Sebenarnya, perkataan وَصِيدِ bermaksud ‘tutupan’, bukan pintu. Kerana kalau pintu, perkataan lain yang digunakan – baab. Sebenarnya, tempat masuk itu kalau dilihat, ianya lebih kepada penutup pintu gua. Mungkin kerana batu-batu telah jatuh menutupi pintu gua itu. Ini supaya orang-orang yang terjumpa tempat itu, mereka tidak terfikir bahawa ianya adalah pintu gua. Kerana Allah tidak mahu ada sesiapa yang menjumpai tempat itu.

 لَوِ اطَّلَعْتَ عَلَيْهِمْ لَوَلَّيْتَ مِنْهُمْ فِرَارًا

Kalau kamu dapat lihat mereka kamu nescaya akan lari dari mereka

Perkataan طَّلَعْ bermaksud ‘menjumpai sesuatu selepas memanjat’. Ini bermaksud, orang hanya dapat melihat gua itu setelah memanjat dan melihat ke bawah. Ini bermakna, gua itu adalah diantara dua gunung. Susah untuk sampai ke tempat itu.

وَلَمُلِئْتَ مِنْهُمْ رُعْبًا

dan engkau akan dipenuhi dengan rasa gerun kepada mereka; tengok sahaja dah jadi gerun. Allah telah menyeliputi mereka dengan perkara-perkara yang menyeramkan. Sesiapa yang pandang sahaja mereka, akan lari dalam ketakutan.

Allah telah menjadikan tempat itu tidak didatangi orang. Macam-macam penghalang telah diberikan. Sudahlah susah untuk sampai ke tempat itu. Tapi apabila sampai pun, mereka tidak jumpa pintu. Ada anjing pula lagi. Mereka yang sampai ke tempat itu pun akan timbul rasa gerun untuk masuk lagi ke tempat itu. Mereka akan berpusing dan lari dari tempat itu. Itu semuanya adalah untuk menjaga supaya pemuda-pemuda itu tidak dijumpai.

Ada sahabat Nabi pergi ke tempat gua itu. Dia kata bila dia tengok sahaja keadaan gua itu, dia jadi gerun. Itu adalah kerana Allah beri kepada mereka karamah. Itu berlaku selepas mereka dah lama mati dah. Jadi, walaupun mereka sudah lama mati, tapi tempat itu masih lagi menimbulkan kegerunan kepada orang yang sampai ke tempat itu.

——————————————————————————–

Ayat 19: Banyak sungguh kekeliruan manusia tentang ayat ini. Ada orang yang amalkan pembacaan ayat ini dengan yang salah. Mereka gunakan ayat ini sebagai azimat pula. Sebenarnya ayat ini adalah ayat menceritakan apakah yang berlaku apabila Pemuda Kahfi itu bangkit dari tidur mereka.

18:19

Transliteration
wa-ka-dhālika baʿathnāhum li-yatasāʾalū baynahum qāla qāʾilun minhum kam labithtum qālū labithnā yawman ʾaw baʿḍa yawmin qālū rabbukum ʾaʿlamu bi-mā labithtum fa-bʿathū ʾaḥadakum bi-wariqikum hādhihī ʾilā l-madīnati fa-l-yanẓur ʾayyuhā ʾazkā ṭaʿāman fa-l-yaʾtikum bi-rizqin minhu wa-l-yatalaṭṭaf wa-lā yushʿiranna bikum ʾaḥadan

 Sahih International

And similarly, We awakened them that they might question one another. Said a speaker from among them, “How long have you remained [here]?” They said, “We have remained a day or part of a day.” They said, “Your Lord is most knowing of how long you remained. So send one of you with this silver coin of yours to the city and let him look to which is the best of food and bring you provision from it and let him be cautious. And let no one be aware of you.

Malay

Dan demikianlah pula Kami bangkitkan mereka (dari tidurnya), supaya mereka bertanya-tanyaan sesama sendiri. Salah seorang di antaranya bertanya: “Berapa lama kamu tidur?” (sebahagian dari) mereka menjawab: “Kita telah tidur selama sehari atau sebahagian dari sehari”. (Sebahagian lagi dari) mereka berkata: “Tuhan kamu lebih menengetahui tentang lamanya kamu tidur; sekarang utuslah salah seorang dari kamu, membawa wang perak kamu ini ke bandar; kemudian biarlah dia mencari dan memilih mana-mana jenis makanan yang lebih baik lagi halal (yang dijual di situ); kemudian hendaklah ia membawa untuk kamu sedikit habuan daripadanya; dan hendaklah ia berlemah-lembut dengan bersungguh-sungguh (semasa di bandar); dan janganlah dia melakukan sesuatu yang menyebabkan sesiapapun menyedari akan hal kamu.

وَكَذَٰلِكَ بَعَثْنَاهُمْ

Demikianlah Kami bangkitkan mereka; Mereka dibangkitkan setelah sekian lama mereka dalam gua. Tempat mereka itu tidak dinaiki orang langsung. Kerana sesiapa yang tengok gua itu sahaja, akan diselimuti dengan rasa gerun. Setelah sekian lama, umat mereka telah masuk kembali mengikut agama Nabi Isa yang sebenar.

Tapi walaupun mereka telah beriman dengan agama Nabi Isa, tapi mereka tidak banyak maklumat tentang kebangkitan semula kerana tidak banyak diceritakan dalam Kitab Injil. Ada yang tak pasti dan ada yang ragu-ragu tentang kesahihan kebangkitan semula. Jarak antara mereka dan Nabi Muhammad dalam enam ratus tahun kira-kiranya.

 لِيَتَسَاءَلُوا بَيْنَهُمْ

supaya mereka saling bertanya antara sesama mereka; bertanya sesama mereka berapa lamakah mereka tinggal di gua itu. Sebab masing-masing tak pasti.

قَالَ قَائِلٌ مِنْهُمْ كَمْ لَبِثْتُمْ

Maka berkata salah seorang dari mereka: berapa lama kamu tidur disini?

 قَالُوا لَبِثْنَا يَوْمًا أَوْ بَعْضَ يَوْمٍ

Mereka menjawap: kita tidur disini sehari atau separuh hari sahaja; Kenapa mereka cakap begitu? Kerana mereka memang rasa mereka tidur sekejap sahaja. Mereka masuk ke gua itu pada awal siang. Dan apabila mereka terjaga, ianya adalah waktu akhir siang. Tidaklah mereka berambut atau berjanggut panjang atau baju mereka telah reput. Kerana Allah telah buat tidak ada apa-apa perubahan kepada mereka. Sebab itu mereka rasa mereka tinggal tidak lama. Jadi, kalau ada filem yang tunjuk mereka dalam keadaan kusut masai, itu adalah salah. Kalau mereka dalam keadaan macam itu, tentulah mereka tak kata mereka tinggal paling lama sehari sahaja disitu.

 قَالُوا رَبُّكُمْ أَعْلَمُ بِمَا لَبِثْتُمْ

Mereka berkata: Tuhan kamu yang lebih mengetahui berapa kamu tidur dalam gua ini; Mereka mengembalikan pengetahuan tentang berapa lamanya mereka tidur di situ kepada Allah. Kemudian mereka rasa lapar:

فَابْعَثُوا أَحَدَكُمْ بِوَرِقِكُمْ هَٰذِهِ إِلَى الْمَدِينَةِ

Maka suruhlah seorang dari kamu pergi ke bandar dengan wang ini;

Seperti telah disebutkan sebelum ini, mereka itu adalah anak-anak orang kaya, jadi tentulah mereka ada wang. Mereka ada lagi lebihan wang yang mereka bawa dari rumah mereka. Pada wang itu ada gambar Diqyanus, iaitu raja yang memeringah semasa mereka mula masuk ke dalam gua itu. Bandar yang mereka akan pergi keluar mencari makanan itu adalah bandar yang mereka tinggalkan dulu.

Ada yang mengatakan bahawa nama kota itu adalah Daqsus. Sekali lagi, nama bandar itu tidak penting.

فَلْيَنْظُرْ أَيُّهَا أَزْكَىٰ طَعَامًا

Maka hendaklah dia perhatikan manakah makanan yang paling suci; bukan dia suruh cari makanan yang paling sedap, tapi makanan yang suci. Bermakna, mereka mencari makanan mana yang halal. Sebab yang mereka tinggalkan dulu adalah manusia yang menyembah berhala. Maka makanan mereka tidak suci. Oleh itu, yang disuruh membeli makanan itu disuruh supaya mencari makanan yang halal dan suci.

 فَلْيَأْتِكُمْ بِرِزْقٍ مِنْهُ

Maka hendaklah dia bawa balik dengan sebahagian rezeki itu

Perkataan بِرِزْقٍ مِنْهُ bermaksud beli sekadar yang perlu. Jangan beli banyak-banyak, nanti buang. Lihatlah betapa berhematnya mereka. Bandingkan dengan kita yang selalu beli makanan banyak sangat, tapi tak habis nak makan. Kemudian kita akan buang makanan itu. Itu membazir namanya.

وَلْيَتَلَطَّفْ

dan semasa membeli itu, hendaklah dia bersikap lemah lembut; Perkataan itu diambil dari perkataan latiff (kelembutan) Iaitu dalam perbuatan dia semasa mencari makanan itu, semasa dia terpaksa bergaul dengan orang-orang di kota untuk membeli makan itu, hendaklah dia sedaya mungkin bersembunyi dan tidak menarik perhatian kepada diri mereka. Janganlah dia berbuat sesuatu yang menarik perhatian orang lain.

Ada masalah sedikit dengan ayat ini. Ada orang yang guna ayat ini untuk tumbuk orang. Mereka kata kalau tumbuk orang sambil baca ayat ini, orang yang ditumbuk itu akan mati. Ada pula yang guna untuk cari harta karun. Ada yang cari Quran yang ada tulisan ayat ini dalam tulisan warna merah sebab mereka kata ada keramat. Macam-macam perkara khurafat orang guna pakai ayat ini. Padahal warna merah itu adalah kerana sebagai tanda pertengahan Quran. Semua kepercayaan khurafat itu adalah dari ajaran syaitan untuk menyesatkan manusia yang bodoh. Masyarakat kita bukannya hendak belajar Quran dan faham makna isi kandungan, tapi mereka gunakan ayat Quran sebagai azimat sahaja. Sebagai pendinding diri, sebagai pemurah rezeki dan macam-macam lagi.

وَلَا يُشْعِرَنَّ بِكُمْ أَحَدًا

dan jangan dia beri sesiapapun tahu tentang kedudukan kamu ini; 

so send: فَابْعَثُوا

—————————————————————————–

Ayat 20:

18:20

Transliteration
ʾinnahum ʾin yaẓharū ʿalaykum yarjumūkum ʾaw yuʿīdūkum fī millatihim wa-lan tufliḥū ʾidhan ʾabadan

 Sahih International

Indeed, if they come to know of you, they will stone you or return you to their religion. And never would you succeed, then – ever.”

Malay

“Sesungguhnya, kalaulah mereka mengetahui hal kamu, tentulah mereka akan merejam dengan membunuh kamu, atau mereka akan mengembalikan kamu kepada ugama mereka (secara paksa); dan jika berlaku demikian, kamu tidak sekali-kali akan berjaya selama-lamanya”.

إِنَّهُمْ إِنْ يَظْهَرُوا عَلَيْكُمْ

Bahawasanya kalau mereka itu tahu hal kamu, (selepas melihat kamu);

 يَرْجُمُوكُمْ

tentulah mereka akan rejam kamu

Dari sini kita dapat tahu bahawa itulah hukuman yang akan dikenakan kepada mereka adalah rejam.

 أَوْ يُعِيدُوكُمْ فِي مِلَّتِهِمْ

atau memaksa kamu masuk balik dalam agama mereka; takut nanti pengikut-pengikut Daqyanus akan menyiksa mereka. Takut nanti mereka bersetuju untuk masuk agama syirik mereka kalau tak tahan kena siksa. Atau kalau teruk sangat kena siksa, mereka akan mati.

Perkataan مِلَّتِ digunakan dalam ayat ini, bukan ‘deen’. Ini adalah kerana agama mereka itu bukan agama sebenarnya. Mereka melihat amalan mereka yang mereka anggap agama itu sebagai sebahagian dari kenegaraan mereka. Oleh itu, apabila pemuda-pemuda itu tidak mahu mengamalkan amalan syirik mereka, masyarakat syirik itu menganggap pemuda-pemuda itu menolak negara mereka. Padahal, pemuda-pemuda itu bukan begitu. Mereka tidak ada masalah bercakap bahasa yang sama, pakaian yang sama dan makanan yang sama. Tapi yang mereka tolak adalah amalan yang syirik.

Macam kita juga sekarang. Apabila kita menolak amalan bersanding yang sama macam diamalkan oleh agama Hindu, ada antara masyarakat kita yang kata kita menolak adat resam masyarakat kita. Mereka ingat kita tidak sayang kepada bangsa dah. Padahal, yang kita tolak adalah apa-apa sahaja yang bertentangan dengan agama Islam. Bukan kita menolak bangsa Melayu. Kita hendaklah tahu bahawa tidak sama taraf antara adat dan islam. Kalau adat bercanggah dengan agama, hendaklah dibuang adat itu. Jangan kerana kita memegang adat yang salah, sampai menjerumuskan kita ke dalam neraka pula. Masyarakat perlu sedar bahawa walaupun amalan itu telah dibuat zaman berzaman, ianya tidak semestinya diterima oleh agama. Kalau ianya amalan yang salah dan syirik, ia masih tidak diterima sampai bila-bila.

 وَلَنْ تُفْلِحُوا إِذًا أَبَدًا

Dan kamu sekali-sekali tidak akan dapat keuntungan di dunia dan di akhirat selama-lamanya. 

———————————————————————————

Ayat 21:

18:21

Transliteration
wa-ka-dhālika ʾaʿtharnā ʿalayhim li-yaʿlamū ʾanna waʿda llāhi ḥaqqun wa-ʾanna s-sāʿata lā rayba fīhā ʾidh yatanāzaʿūna baynahum ʾamrahum fa-qālū bnū ʿalayhim bunyānan rabbuhum ʾaʿlamu bihim qāla lladhīna ghalabū ʿalā ʾamrihim la-nattakhidhanna ʿalayhim masjidan

 Sahih International

And similarly, We caused them to be found that they [who found them] would know that the promise of Allah is the truth and that of the Hour, there is no doubt. [That was] when they disputed among themselves about their affair and [then] said, “Construct over them a structure. Their Lord is most knowing about them.” Said those who prevailed in the matter, “We will surely take [for ourselves] over them a masjid.”

Malay

Dan demikianlah Kami dedahkan hal mereka kepada orang ramai supaya orang-orang itu mengetahui bahawa janji Allah menghidupkan semula orang mati adalah benar, dan bahawa hari kiamat itu tidak ada sebarang syak padanya; pendedahan itu berlaku semasa orang-orang itu berbantahan sesama sendiri mengenai perkara hidupnya semula orang mati. Setelah itu maka (sebahagian dari) mereka berkata: “Dirikanlah sebuah bangunan di sisi gua mereka, Allah jualah yang mengetahui akan hal ehwal mereka”. orang-orang yang berkuasa atas urusan mereka (pihak raja) pula berkata: “Sebenarnya kami hendak membina sebuah masjid di sisi gua mereka”.

وَكَذَٰلِكَ أَعْثَرْنَا عَلَيْهِمْ

Demikianlah Kami perlihatkan keatas mereka;

Demikianlah (وَكَذَٰلِكَ), merujuk kepada perbuatan mereka keluar mencari makanan di bandar. Zaman mereka telah berlalu lama. Pakaian mereka sudah lain. Cara percakapan mereka pun sudah lain dengan masyarakat waktu itu.

Kata أَعْثَرْ bermaksud ‘tergelincir’. Mereka yang keluar itu telah diberi pesan supaya berhati-hati. Jangan sampai orang bandar perasan mereka. Tapi mereka telah ‘tergelincir’. Bukankah kadang-kadang kita hendak simpan rahsia, tapi kita tersilap cakap dan sebagainya, sampai orang tahu rahsia kita? Begitulah yang terjadi kepada pemuda-pemuda itu. Allah lah yang menyebabkan mereka tersilap itu. Sebab ada sebab Allah begitu. Kerana Allah hendak memberi pengajaran.

Pemuda-pemuda Kahfi itu diperlihatkan kepada umat manusia. Selepas nak beli makanan dengan duit itu, mereka tak terima kerana duit itu adalah duit purba. Bayangkan kalau sekarang ini ada orang bawa keluar Duit Pisang zaman Jepun. Tentu kecoh pekedai-pekedai. Mereka tanya dari mana dapat duit itu? Ada yang kata pemuda itu dah jumpa harta karun. Akhirnya penduduk bandar itu telah tahu tentang mereka. Terbongkar rahsia mereka. Akhirnya sampai ke pengetahuan raja tempat itu. Maka, akhirnya pemuda itu telah membawa Raja dan rakyat-rakyat pergi ke gua tempat persembunyian mereka. Apabila sampai, dia suruh mereka tunggu di luar kerana dia hendak meminta izin dari rakan-rakannya yang lain untuk membenarkan mereka yang lain masuk.

Ada dikatakan bahawa rombongan raja itu dapat masuk menemui pemuda-pemuda Kahfi itu dan raja telah mengucapkan salam dan memeluk mereka. Menurut riwayat, nama raja itu adalah Yandusus. Selepas mereka meluangkan beberapa lama dengan rombongan itu maka mereka kembali ke tempat pembaringan mereka dan Allah mewafatkan mereka.

Memang Allah bertujuan supaya pemuda-pemuda Kahfi itu diperlihatkan kepada orang-orang di bandar itu. Kerana ada pengajaran yang hendak Allah sampaikan kepada mereka.

لِيَعْلَمُوا أَنَّ وَعْدَ اللَّهِ حَقٌّ

Agar mereka tahu bahawasanya janji Allah itu benar;

Mereka telah dibawakan kepada raja. Dan raja memang sedang dalam kebingungan tentang isu kehidupan selepas mati. Ada yang kata yang dibangkitkan hanyalah roh, bukan jasad sekali. Seperti kita telah sebutkan sebelum ini, antara masalah yang dihadapi oleh manusia adalah fahaman materialisma, atau ‘kebendaan’. Mereka hanya melihat fizikal sahaja. Mereka tidak dapat menerima bahawa mereka akan dihidupkan kembali. Mereka hanya mementingkan dunia yang nyata ini sahaja.

Jadi, dengan adanya Pemuda-pemuda itu, telah pasti kepada mereka bahawa memang ada kehidupan selepas mati. Bahawa janji Allah untuk menghidupkan kembali makhluk itu adalah benar. Yang Allah boleh bangkitkan sekali roh dan jasad manusia sekali. Kalau Allah boleh hidupkan manusia selama tiga ratus tahun, jadi kalau Allah nak hidupkan kembali manusia adalah amat mudah.

وَأَنَّ السَّاعَةَ لَا رَيْبَ فِيهَا

Dan kiamat itu tidak syak; tidak syak lagi bahawa Tuhan akan buat Hari Kiamat itu nanti. Sekarang ini, orang Kristian tidak percaya balik kepada hari Kiamat.

Selepas itu, mereka telah balik ke gua. Kemudian mereka telah dimatikan. Tidak pasti berapa lama mereka balik dan kemudian mati. Yang pastinya, mereka mati dalam gua itu. Cerita seterusnya adalah selepas mereka mati. 

 إِذْ يَتَنَازَعُونَ بَيْنَهُمْ أَمْرَهُمْ

Ketika mereka (yang hidup) berbantah diantara mereka dalam urusan mereka; tentang kubur Pemuda-pemuda Gua itu; atau orang-orang yang hidup pada zaman itu berbantah tentang hari Kiamat. Ada yang percaya dan ada yang tidak. Maka peristiwa Pemuda Kahfi itu menjadi hujjah dan dalil kepada mereka yang percaya kepada hari Kiamat.

فَقَالُوا ابْنُوا عَلَيْهِمْ بُنْيَانً

Kata satu puak, binakanlah atas mereka satu bangunan; Ada yang kata ini adalah golongan yang beriman. Mereka cadangkan supaya dibina bangunan menutup gua itu supaya mereka tidak diketahui dan dipuja kemudiannya. Sampai sekarang, kita tidak pasti manakah tempat Gua itu yang sebenarnya. Golongan yang mencadangkan supaya ditutup pandangan kepada Pemuda-pemuda Kahfi itu adalah golongan yang ikut sunnah. Mereka tidak ramai kalau dibandingkan dengan orang lain – macam zaman sekarang juga. Mereka mencadangkan supaya pemuda Kahfi itu dibiarkan dalam keadaan seperti itu. Mereka akhirnya kalah dengan golongan yang ramai yang musyrik.

 رَبُّهُمْ أَعْلَمُ بِهِمْ

Tuhan merekalah yang lebih mengetahui tentang mereka; Tuhanlah yang tahu apa yang patut diperbuat tentang mereka. Kita tak tahu.

 قَالَ الَّذِينَ غَلَبُوا عَلَىٰ أَمْرِهِمْ

Maka berkata golongan yang menang keatas urusan mereka; ini adalah golongan yang musyrik. Merekalah yang lagi ramai. Maka, cakap mereka lebih kuat lagi.

 لَنَتَّخِذَنَّ عَلَيْهِمْ مَسْجِدًا

Kami pastikan akan jadikan atas mereka itu masjid/gereja; Mereka hendak mendirikan rumah peribadatan. Kalau zaman itu, mungkin gereja. Mereka yang berkuasa hendak membina gereja atas kubur pemuda-pemuda itu. Kristian sekarang ini pun mereka memang tanam wali-wali mereka dalam gereja. Nabi telah kata tidak boleh bina masjid atas kubur, mengadap kubur atau tepi kubur. Tapi masjid kita di Malaysia banyak yang dekat dengan kubur. Kalau ada masjid sebegitu, ada masalah tentang akidah.

Kalau dibina tempat peribadatan, lama-kelamaan akan jadi perkara syirik di tempat itu. Macam sekarang dah banyak dah kubur-kubur yang dikatakan kubur Nabi dan wali-wali kerumuni manusia. Mereka menjadikan kubur-kubur itu sebagai tempat ibadat, tempat minta doa. Sampai kepada tahap ada yang sembah kubur-kubur itu. Itu yang kita tidak mahu.

————————————————————————-

Ayat 22: Ini nak menceritakan berapa orang Pemuda-pemuda Gua itu. Allah hendak menceritakan tentang pertelingkahan manusia tentang bilangan pemuda Kahfi itu. Allah menceritakan tiga pendapat dan melemahkan dua dari pendapat itu.

18:22

Transliteration
sa-yaqūlūna thalāthatun rābiʿuhum kalbuhum wa-yaqūlūna khamsatun sādisuhum kalbuhum rajman bi-l-ghaybi wa-yaqūlūna sabʿatun wa-thāminuhum kalbuhum qul rabbī ʾaʿlamu bi-ʿiddatihim mā yaʿlamuhum ʾillā qalīlun fa-lā tumāri fīhim ʾillā mirāʾan ẓāhiran wa-lā tastafti fīhim minhum ʾaḥadan

 Sahih International

They will say there were three, the fourth of them being their dog; and they will say there were five, the sixth of them being their dog – guessing at the unseen; and they will say there were seven, and the eighth of them was their dog. Say, [O Muhammad], “My Lord is most knowing of their number. None knows them except a few. So do not argue about them except with an obvious argument and do not inquire about them among [the speculators] from anyone.”

Malay

(Sebahagian dari) mereka akan berkata: “Bilangan Ashaabul Kahfi itu tiga orang, yang keempatnya ialah anjing mereka “; dan setengahnya pula berkata:”Bilangan mereka lima orang, yang keenamnya ialah anjing mereka” – secara meraba-raba dalam gelap akan sesuatu yang tidak diketahui; dan setengahnya yang lain berkata: “Bilangan mereka tujuh orang, dan yang kelapannya ialah anjing mereka”. Katakanlah (wahai Muhammad): “Tuhanku lebih mengetahui akan bilangan mereka, tiada yang mengetahui bilangannya melainkan sedikit”. Oleh itu, janganlah engkau berbahas dengan sesiapapun mengenai mereka melainkan dengan bahasan (secara sederhana) yang nyata (keterangannya di dalam Al-Quran), dan janganlah engkau meminta penjelasan mengenai hal mereka kepada seseorangpun dari golongan (yang membincangkannya).

سَيَقُولُونَ ثَلَاثَةٌ

Ada diantara mereka yang kata pemuda-pemuda gua itu tiga orang

 رَابِعُهُمْ كَلْبُهُمْ

dan keempatnya adalah anjing mereka

وَيَقُولُونَ خَمْسَةٌ

dan ada pula yang kata mereka itu lima orang,

 سَادِسُهُمْ كَلْبُهُمْ

yang keenam itu anjing mereka

رَجْمًا بِالْغَيْبِ

Itu semua adalah tekaan tanpa dalil tentang perkara ghaib; Dua pendapat diatas hanyalah tekaan sahaja. Seperti melempar ke suatu tempat yang tidak diketahuinya, samada lemparan itu mengenai sasaran atau tidak. Atau melempar dalam gelap. Kalau kena pun lemparan itu, itu hanyalah sebagai satu kebetulan sahaja. Kalau kena pun, yang melempar tidak tahu samada kena atau tidak. Mereka hanya meneka-neka. Sebenarnya, kalau Allah tidak memberitahu kita tentang perkara ghaib, kita tidak akan tahu.

وَيَقُولُونَ سَبْعَةٌ

Dan ada yang kata mereka itu tujuh orang

وَثَامِنُهُمْ كَلْبُهُمْ

dan yang kelapan itu adalah anjing mereka; Kali ini, Allah tidak menafikan bilangan yang ini. Jadi besar kemungkinan ini adalah bilangan yang betul.

قُلْ رَبِّي أَعْلَمُ بِعِدَّتِهِمْ

Katakanlah: Tuhanku lebih mengetahui jumlah mereka sebenarnya; Ini adalah petunjuk bahawa yang terbaik dalam hal ini adalah mengembalikan pengetahuan itu kepada Allah. Bilangan mereka pun tidak penting untuk diketahui.

مَا يَعْلَمُهُمْ إِلَّا قَلِيلٌ

Tidaklah yang mengetahuinya melainkan sedikit sahaja; Ibnu Abbas dalam riwayat yang sahih mengatakan bahawa dia adalah antara orang yang tahu tentang bilangan mereka. Dia mengatakan bahawa jumlah mereka adalah seramai tujuh orang. Sama seperti yang dikatakan sebelum ini.

 فَلَا تُمَارِ فِيهِمْ

Maka janganlah kamu bertengkar tentang mereka

 إِلَّا مِرَاءً ظَاهِرًا

melainkan perkara yang zahir sahaja; tak perlu nak berbahas tentang perkara yang kita tidak ada ilmu. Hanya berbahas tentang yang nampak jelas zahir sahaja. Hanya berbahas dengan sederhana dan ringan sahaja. Kerana pengetahuan tentang masalah ini tidak membawa faedah yang banyak. Kalau tahu pun bilangan mereka, kita nak buat apa?

وَلَا تَسْتَفْتِ فِيهِمْ مِنْهُمْ أَحَدًا

Dan jangan kamu tanya tentang mereka itu kepada seorang pun dari mereka; Allah tidak beri Nabi tanya kepada golongan Yahudi itu kerana mereka sendiri pun tidak tahu berapakah jumlah Pemuda Kahfi itu dan yang mereka sebut bilangan itu hanyalah sebagai tekaan mereka sahaja. Sebab itu mereka pun tanya kepada Nabi kerana mereka pun tak tahu.

Dan kerana jumlah Pemuda Kahfi itu tidak penting. Di mana mereka tinggal, itu tidak penting. Yang penting adalah cerita tentang mereka. Pengajaran yang boleh diambil dari mereka itu yang penting.

———————————————————————————–

Ayat 23: Ini apa yang dipanggil ‘Jumlah Mu’taridah‘. Ayat ini macam tidak kena mengena dengan ayat sebelumnya. Seperti diselit cerita yang lain pula. Dalam Quran, banyak ayat yang sebegini. Dalam ayat menceritakan suatu perkara, tiba-tiba ada ayat yang nampak asing. Seorang guru yang mengajar Quran perlu memberitahu apakah yang dimaksudkan dengan ayat itu.

18:23

Transliteration
wa-lā taqūlanna li-shayʾin ʾinnī fāʿilun dhālika ghadan

 Sahih International

And never say of anything, “Indeed, I will do that tomorrow,”

Malay

Dan janganlah engkau berkata mengenai sesuatu (yang hendak dikerjakan): “Bahawa aku akan lakukan yang demikian itu, kemudian nanti”.

وَلَا تَقُولَنَّ لِشَيْءٍ

Jangan sekali-kali kamu berkata kepada sesuatu pun:

Ayat ini adalah peringatan kepada Nabi Muhammad dan kita juga.

 إِنِّي فَاعِلٌ ذَٰلِكَ غَدًا

“Sesungguhnya aku akan buat sesuatu perkara itu esok”.

Hari esok bukan dalam tangan kita tapi dalam kekuasaan Allah.

Apabila orang musyirikin Mekah bertanya kepada Nabi tentang kisah penghuni gua itu, Nabi kata baginda akan memberitahu mereka esok. Kerana selalunya Allah akan memberikan jawapan dengan segera. Ini menunjukkan bahawa Nabi tidak tahu perkara ghaib. Kalau Nabi tahu perkara ghaib, tentulah Nabi akan terus cakap kepada mereka. Nabi kena tunggu wahyu dari Allah. Jadi kalau Nabi pun tidak tahu, jangan kita percaya kalau ada tok guru-tok guru yang kata mereka tahu perkara ghaib. Kalau Nabi sendiri pun tidak tahu, takkan mereka boleh tahu pula? Masyarakat kita sampai ada kata kalau tok guru tengok sahaja muka seseorang itu, dia kononnya boleh tahu orang itu baik atau tidak. Berapa banyak wirid dia lakukan semalam, dan macam-macam lagi. Itu semua syaitan yang ajar.

Nabi tidak mendapat wahyu tentang perkara ini selama beberapa hari. Ada yang kata sampai 15 hari. Ini adalah kerana Nabi tidak mengucapkan ‘in sha Allah’. Oleh kerana Nabi tidak terus dapat menjawap, baginda telah digelakkan oleh orang kafir. Mereka kata Nabi telah ditinggalkan oleh Tuhannya.

Ada satu hadis Hadis dari Bukhari & Muslim berkenaan Nabi Sulaiman juga pernah tidak menyebut in sha Allah:
Sulaiman bin Dawud pernah berkata:”Aku akan menggilir 70 orang isteriku dalam satu  malam yang masing-masing akan melahirkan seorang anak lelaki yang berjuang dijalan Allah”. Malaikat berkata kepadanya “Katakanlah Insyaallah (dengan izin Allah) tetapi Sulaiman tidak mengucapkan. Kemudian dia berkeliling mendatangi isterinya-isterinya itu. Maka tiada seorang pun melahirkan anak kecuali seorang wanita saja yang melahirkan setengah manusia (cacat). Dan Nabi SAW bersabda; “Demi Allah, seandainya ia (sulaiman) berkata Insyaallah, nescaya ia tidak berdosa dan demikian itu sudah cukup untuk memenuhi hajatnya. (memperolehi anak)

Dalam ayat ini, Allah menyuruh Nabi jikalau hendak melakukan sesuatu pada masa akan datang, hendaklah baginda memulangkan hal itu kepada kehendak Allah kerana Allahlah yang Maha Tahu tentang perkara ghaib, perkara yang telah terjadi, yang akan terjadi, yang tidak akan terjadi dan bagaimana akan terjadinya.

—————————————————————————————

Ayat 24: Sambungan ayat ‘jumlah mu’taridah':

18:24

Transliteration
ʾillā ʾan yashāʾa llāhu wa-dhkur rabbaka ʾidhā nasīta wa-qul ʿasā ʾan yahdiyani rabbī li-ʾaqraba min hādhā rashadan

 Sahih International

Except [when adding], “If Allah wills.” And remember your Lord when you forget [it] and say, “Perhaps my Lord will guide me to what is nearer than this to right conduct.”

Malay

Melainkan (hendaklah disertakan dengan berkata): “Insya Allah”. Dan ingatlah serta sebutlah akan Tuhanmu jika engkau lupa; dan katakanlah: “Mudah-mudahan Tuhanku memimpinku ke jalan petunjuk yang lebih dekat dan lebih terang dari ini”.

إِلَّا أَنْ يَشَاءَ اللَّهُ

Melainkan kamu kata “In sha Allah” – Jika Allah kehendaki;

Segala sesuatu bergantung kepada kehendak Allah. Bukan kita yang tentukan. Walaupun kita dah cakap in sha Allah pun, tapi kalau Allah tidak mahu ianya terjadi, ianya tidak ada terjadi. Kita cuma boleh berharap sahaja.

Tidak ada manusia yang boleh mengatakan apa yang terjadi esok hari, tahun depan dan sebagainya. Kalau ada yang kata ada tok guru yang tahu ilmu ghaib, itu adalah syirik kepada Allah. Iaitu syirik dalam ilmu. Sepatutnya ilmu ghaib itu kepunyaan Allah, tapi kita kata ada manusia yang ada ilmu ghaib pula. Kalau kita cakap macam itu, kita telah berbuat sesuatu yang syirik.

Kita hanya cakap in sha Allah pada perkara yang ita buat sahaja. Bukan kepada perkara yang Allah buat. Contohnya, kita tidak perlu cakap “semoga Allah ampunkan dosa kita, in sha Allah”. Kerana perbuatan mengampunkan itu adalah kerja Allah.

وَاذْكُرْ رَبَّكَ إِذَا نَسِيتَ

Dan ingatlah Tuhan kamu ketika kamu lupa; Kalau kita lupa sesuatu, sebutlah nama Allah, bacalah contohnya ‘subhanallah‘ banyak kali. Mudah-mudahan dengan kita ingat Tuhan itu, Dia akan memberikan kita ingat balik apa yang kita lupakan. Kerana lupa itu disebabkan oleh syaitan, seperti yang disebutkan dalam ayat 63 surah ini. Apabila syaitan telah diusir, in sha Allah, lupa itu akan hilang.

Atau kalau lupa cakap ‘in sha Allah’ selepas kita bercakap dengan seseorang, kita boleh cakap juga dengan diri kita. Tidak perlu cakap balik kepada orang itu. Kerana ianya adalah antara kita dan Allah.

Dan tidak ada salahnya kalau kita gunakan ‘in sha Allah’ dengan orang kafir pun. Jangan kita malu hendak menggunakannya di depan orang yang tidak faham apakah maksud ‘in sha Allah’ itu. Kalau mereka tanya, kita sudah ada peluang untuk mengajar kepada mereka.

 وَقُلْ عَسَىٰ أَنْ يَهْدِيَنِ رَبِّي لِأَقْرَبَ مِنْ هَٰذَا رَشَدًا

Dan katakanlah; mudah-mudahan Tuhanku akan menunjukkan kepadaku petunjuk yang lebih dekat dari ini. 

Kita sentiasa mengharap supaya Allah akan memberikan kita pengetahuan yang lebih mendalam. Contohnya, walaupun kita sudah ada guru yang telah memberikan satu pemahaman kepada kita, kadang-kadang Allah akan memberikan guru yang lain, kawan yang baru atau buku yang lain, supaya kita lebih faham tentang agama.

Dua ayat ini dipanggil jumlah mu’taridah. Allah tegur Nabi kerana tidak sebut in sha Allah. Maka kita pun diingatkan supaya tidak lupa menyebut in sha Allah dalam banyak perkara.

Selepas disebutkan peringatan untuk sebut in sha Allah itu, baru kembali balik kepada kisah Pemuda Kahfi. Banyak ayat Quran yang perlu tafsiran. Oleh itu kena belajar berdepan – dinamakan belajar secara talaqqi. Barulah kita dapat faham Quran dengan sebenarnya. Tidak boleh faham Quran sendiri. Takut tersalah.

————————————————————————————-

Ayat 25:

18:25

Transliteration
wa-labithū fī kahfihim thalātha miʾatin sinīna wa-zdādū tisʿan

 Sahih International

And they remained in their cave for three hundred years and exceeded by nine.

Malay

Dan mereka telah tinggal tidur dalam gua mereka: Tiga ratus tahun dengan tambah sembilan lagi (dengan kiraan kamu).

وَلَبِثُوا فِي كَهْفِهِمْ ثَلَاثَ مِائَةٍ سِنِينَ

Dan mereka tinggal dalam gua itu selama 300 tahun; Dalam hadis, diceritakan apabila Allah beritahu 300 tahun pemuda Kahfi itu tinggal dalam gua, para sahabat bertanya, 300 tahun tepatkah? Maka Allah tambah ayat seterusnya.

 وَازْدَادُوا تِسْعًا

dan tambah sembilan tahun; maknanya 309 tahun mereka tinggal di gua itu. 309 tahun Qamari (yang dipanggil bulan Islam – kalender yang mengikut kiraan perjalanan bulan). Dan 300 Syamsiah (Gregorian Calender – kalender yang mengikut perjalanan matahari).  Setiap setahun tahun syamsiah, tambah tiga tahun kalau pakai kalender qamari. Dalam ayat ini, Allah memberikan jumlah tahun kalau pakai kalender Islam dan juga kalender yang biasa kita pakai itu. Bermakna, Allah mengiktiraf juga penggunaan kalender Gregorian itu (kalender yang kita biasa pakai).

Apabila diberitahu dalam ayat ini mereka tinggal selama 309 tahun, puak Yahudi kehairanan. Kerana setahu mereka dalam hikayat mereka, Pemuda Kahfi tinggal di gua itu selama 300 tahun sahaja. Tapi Allah lebih mengetahui berapa lamakah mereka tinggal di dalam gua itu. Jadi, apabila mereka tanya kenapa tambah 9 tahun lagi itu, Allah jawap dalam ayat seterusnya:

—————————————————————————————-

Ayat 26:

18:26

Transliteration
quli llāhu ʾaʿlamu bi-mā labithū lahū ghaybu s-samāwāti wa-l-ʾarḍi ʾabṣir bihī wa-ʾasmiʿ mā lahum min dūnihī min waliyyin wa-lā yushriku fī ḥukmihī ʾaḥadan

 Sahih International

Say, ” Allah is most knowing of how long they remained. He has [knowledge of] the unseen [aspects] of the heavens and the earth. How Seeing is He and how Hearing! They have not besides Him any protector, and He shares not His legislation with anyone.”

Malay

Katakanlah (wahai Muhammad): “Allah jua yang mengetahui tentang masa mereka tidur; bagiNya lah tertentu ilmu pengetahuan segala rahsia langit dan bumi; terang sungguh penglihatanNya (terhadap segala-galanya)! Tidak ada bagi penduduk langit dan bumi pengurus selain daripadaNya dan Ia tidak menjadikan sesiapapun masuk campur dalam hukumNya.

قُلِ اللَّهُ أَعْلَمُ بِمَا لَبِثُوا

Allah lah yang paling tahu berapa lama mereka tinggal; Allah sahaja yang tahu masa yang tepat. Berapa hari, berapa jam, berapa bulan, Allah tidak beritahu kepada kita. Masa itu tidak penting untuk diketahui. Yang penting adalah pengajaran yang boleh diambil.

لَهُ غَيْبُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ

MilikNya lah sahaja ilmu ghaib langit dan bumi; kita tidak akan tahu melainkan diberitahu oleh Allah. Kita tahu sikit pun atas izin Allah semata. Maka, kalau ada orang yang kata guru mereka tahu tentang perkara ghaib, maka itu adalah tidak benar. Ini selalu terjadi kepada golongan tarekat. Pada mereka, guru mereka tahu macam-macam. Terjadi juga kepada puak Syiah sekarang ini. Mereka meletakkan imam-imam mereka sampai kepada taraf Allah, kerana mereka kata imam-imam itu tahu segala apa yang terjadi di alam ini.

 أَبْصِرْ بِهِ

Alangkah tajam penglihatan Allah

Allah Maha Melihat apakah yang terjadi dalam alam ini. Khusus kepada kisah pemuda Kahf ini, Allah sahaja yang tahu apakah yang terjadi semasa mereka di dalam gua itu. Allah telah menghalang orang lain dari masuk ke dalam gua itu, maka Dia sahaja yang tahu apa yang akan terjadi.

وَأَسْمِعْ

Alangkah tajam pendengaran Allah; tentang makhluk Dia. Dia Maha Tahu segala-galanya. Khusus kepada kisah pemuda Kahf ini, Allah sahaja yang tahu apakah percakapan pemuda Kahf itu sesama mereka. Tentu banyak percakapan antara mereka, tapi Allah hanya memberitahu kepada kita sedikit sahaja. Kerana yang sedikit itu sahaja yang penting untuk kita ambil pengajaran.

 مَا لَهُمْ مِنْ دُونِهِ مِنْ وَلِيٍّ

Tidak ada bagi mereka selain dariNya sebarang pelindung pun

وَلَا يُشْرِكُ فِي حُكْمِهِ أَحَدًا

dan Dia tidak berkongsi dengan sesiapa pun dalam membuat keputusan; Apabila Allah nak buat sesuatu, Dia tidak perlu tanya kepada sesiapa pun. Dia buat terus.

————————————————————————————–

Ayat 27:

18:27

Transliteration
wa-tlu mā ʾūḥiya ʾilayka min kitābi rabbika lā mubaddila li-kalimātihī wa-lan tajida min dūnihī multaḥadan

 Sahih International

And recite, [O Muhammad], what has been revealed to you of the Book of your Lord. There is no changer of His words, and never will you find in other than Him a refuge.

Malay

Dan baca serta turutlah apa yang diwahyukan kepadamu dari kitab Tuhanmu; tiada sesiapa yang dapat mengubah kalimah-kalimahNya; dan engkau tidak sekali-kali akan mendapat tempat perlindungan selain daripadaNya.

وَاتْلُ مَا أُوحِيَ إِلَيْكَ مِنْ كِتَابِ رَبِّكَ

Dan bacalah apa yang telah diwahyukan kepada kamu dari Quran ini dari Tuhanmu;

Allah mengarahkan Nabi untuk terus membacakan ayat-ayat Quran kepada manusia. Termasuk kepada Ahli Kitab. Mereka tidak puas hati kerana Nabi tidak memberikan maklumat seperti yang mereka mahukan. Merka adalah satu bangsa yang suka maklumat-maklumat yang terperinci. Maklumat-maklumat itu semua tidak penting. Kalau ada maklumat yang tidak disebut oleh Allah, itu bermakna maklumat itu tidak penting untuk diketahui.

Allah juga memerintah Nabi membacakan ayat-ayat Quran dan menyampaikannya kepada manusia. Maknanya, dalam berdakwah, kita kena membacakan kepada manusia ayat-ayat Quran. Itulah cara dakwah yang sebenarnya. Semasa Nabi berdakwah dulu, baginda juga berdakwah dengan membacakan ayat Quran kepada manusia.

Terdapat hikmah yang tinggi dalam ayat-ayat Quran yang dapat membuka hati manusia. Itulah yang kita kena ajarkan kepada manusia. Selepas mereka telah terima Quran, boleh kita teruskan dengan mengajar hadis kepada mereka. Hadis itu boleh dibacakan kepada mereka yang telah terima tauhid. Kalau mereka belum terima tauhid, mereka akan tanya macam-macam sampai kita sendiri susah nak jawap. Ini kerana hadis itu ada yang sahih, ada yang lemah dan ada yang palsu. Mereka akan timbulkan banyak persoalan-persoalan tentang hadis. Ini adalah kerana hati mereka belum menerima tauhid. Tapi tentang ayat-ayat Quran, tidak ada sesiapa yang berani mempersoalkan.

لَا مُبَدِّلَ لِكَلِمَاتِهِ

Tidak ada sesiapapun yang boleh merubah kalimah-kalimahNya; bermaksud tidak ada sesiapa yang boleh mengubah ayat-ayat Quran. Mungkin ada yang hendak menambah maklumat-maklumat yang ada dalam Quran. Tapi tidak boleh langsung. Ayat itu juga hendak menempelak golongan Ahli Kitab yang telah mengubah kandungan kitab mereka. Allah mengingatkan kepada orang Islam pula supaya jangan mengubah ayat-ayat Quran. Sebenarnya, kalau mereka hendak ubah pun, tidak boleh. Kerana Allah telah mengatakan dalam ayat ini dan ayat-ayat lain bahawa tidak ada sesiapa yang boleh ubah Quran. Allah akan menjaga kandungan Quran sampai bila-bila.

Dan ia juga bermaksud kita tidak boleh mengubah segala keputusan Allah. Allah telah tetapkan sesuatu itu terjadi. Contohnya, kalau Allah dah tetapkan seseorang itu mati sebagai kafir, kita tidak boleh buat apa-apa pun. Kita kena terima bahawa Allah itu adalah Maha Adil. Jangan kita sekali-kali kata Allah tidak berlaku adil bila-bila masa pun.

 وَلَنْ تَجِدَ مِنْ دُونِهِ مُلْتَحَدًا

Dan kamu tidak akan dapat selain dari Allah tempat berlindung; di Padang Mahsyar tidak ada tempat nak berlindung dari Allah. Bukan di akhirat sahaja, di dunia lagi tidak dapat lari dari ketentuan Allah.

Perkataan مُلْتَحَدًا diambil dari perkataan لْحَدً (lahad) yang bermaksud suatu tempat yang longgar yang kita dapat bergerak di dalamnya. Allah nak kata bahawa di akhirat kelak tidak ada tempat keluar dah. Kita semua akan berada dalam peganganNya.

Dan ada yang menafsirkan bahawa maksud ayat ini adalah: jikalau Nabi tidak membacakan ayat Quran kepada manusia, tidak ada tempat berlindung bagi Nabi Muhammad dari Allah Taala.

http://www.youtube.com/watch?v=FSCV4Oad8EE&feature=share&list=PL233FE9F5B5541E08

————————————————————————————–

Ayat 28:

18:28

Transliteration
wa-ṣbir nafsaka maʿa lladhīna yadʿūna rabbahum bi-l-ghadāti wa-l-ʿashiyyi yurīdūna wajhahū wa-lā taʿdu ʿaynāka ʿanhum turīdu zīnata l-ḥayāti d-dunyā wa-lā tuṭiʿ man ʾaghfalnā qalbahū ʿan dhikrinā wa-ttabaʿa hawāhu wa-kāna ʾamruhū furuṭan

 Sahih International

And keep yourself patient [by being] with those who call upon their Lord in the morning and the evening, seeking His countenance. And let not your eyes pass beyond them, desiring adornments of the worldly life, and do not obey one whose heart We have made heedless of Our remembrance and who follows his desire and whose affair is ever [in] neglect.

Malay

Dan jadikanlah dirimu sentiasa berdamping rapat dengan orang-orang yang beribadat kepada Tuhan mereka pada waktu pagi dan petang, yang mengharapkan keredaan Allah semata-mata; dan janganlah engkau memalingkan pandanganmu daripada mereka hanya kerana engkau mahukan kesenangan hidup di dunia; dan janganlah engkau mematuhi orang yang Kami ketahui hatinya lalai daripada mengingati dan mematuhi pengajaran Kami di dalam Al-Quran, serta ia menurut hawa nafsunya, dan tingkah-lakunya pula adalah melampaui kebenaran.

وَاصْبِرْ نَفْسَكَ مَعَ الَّذِينَ يَدْعُونَ رَبَّهُمْ

Dan bersabarlah diri kamu bersama dengan orang yang menyeru Tuhan mereka

Maksud وَاصْبِرْ adalah ‘sabarkanlah’. Allah suruh Nabi bersabar iaitu berasa cukup dengan pengikit-pengikut Nabi yang telah ada sekarang.

 بِالْغَدَاةِ وَالْعَشِيِّ

pagi-pagi dan petang-petang

Mereka beribadat kepada Allah walaupun di waktu-waktu yang sibuk. Kerana waktu pagi dan petang itu adalah waktu-waktu yang manusia lain menghabiskan masa dengan dunia. Tapi para sahabat itu meninggalkan waktu yang sibuk itu untuk beribadat kepada Allah.

يُرِيدُونَ وَجْهَهُ

Mereka ingin keredhaan Allah semata-mata; Ada yang mengatakan bahawa ayat ini diturunkan berkenaan dengan Pemuka-pemuka Quraish yang mahu supaya Nabi membuat satu majlis khas untuk mereka, supaya tidak dicampuri oleh orang-orang yang miskin dan lemah, antaranya Bilal, Ammar dan Ibn Mas’ud. Mereka tidak mahu menyertai majlis Nabi kerana majlis Nabi dipenuni oleh orang-orang yang miskin-miskin dan lemah. Allah melarang permintaan mereka dengan menurunkan ayat ini.

Padahal, mereka yang miskin dan lemah itu telah memberikan segalanya untuk bersama dengan Nabi. Hati mereka ikhlas untuk mendapatkan keredhaan Allah.

 وَلَا تَعْدُ عَيْنَاكَ عَنْهُمْ

dan jangan sekali-kali kamu palingkan mata kamu dari mereka; Ini adalah dugaan kepada guru. Bila dah mula ajar manusia, dan yang belajar itu sudah boleh terima, guru itu kena sentiasa mengajar mereka. Tidak boleh tinggalkan mereka. Kena mengajar berterusan. Guru tidak boleh tidak memperdulikan anak-anak murid dia yang dia telah mula ajar itu. Kena sentiasa tanya khabar dan terus mengajar mereka.

Allah menasihati Nabi kerana Nabi rasa kalau orang-orang yang elit itu mahu beriman dan mendengar kata baginda, mereka akan menguatkan lagi Islam. Tentu apabila mereka masuk Islam, lebih ramai lagi manusia akan mengikuti mereka dan masuk Islam. Harapan Nabi itu suci. Tapi Allah lebih mengetahui.

Ada dua golongan pada zaman itu yang Nabi mengharapkan sangat mereka itu akan beriman. Pertama adalah elit dalam masyarakat seperti puak Quraish. Keduanya adalah elit dalam ilmu agama iaitu pendita-pendita Yahudi. Dua golongan ini Nabi rasa kalau mereka beriman, mereka akan dapat membawa masuk ramai lagi pengikut-pengikut mereka ke dalam Islam.

Islam telah mengubah bagaimana manusia dinilai. Sekarang bukan lagi dikira status mereka dalam masyarakat. Yang penting dalam Islam adalah mereka yang bertaqwa. Mereka yang bertaqwa itu lebih statusnya dalam Islam. Kalau Nabi memberi perhatian kepada orang yang lebih berkedudukan dalam masyarakat, hanya kerana mereka kaya atau berpengaruh, itu akan menyebabkan patah hati di kalangan sahabat-sahabat yang lain.

Bukanlah Nabi mahukan kedudukan dan kekayaan kalau bergaul dengan golongan kaya dan berpengaruh itu. Tapi tujuan Nabi adalah supaya dakwah baginda dapat diperkembangkan lagi. Walaupun tujuan baginda itu baik, tapi itu pun tidak dibenarkan oleh Allah. Nabi pernah ditegur dalam surah Abasa berkenaan perkara ini.

Dalam Islam, kita tidak boleh ada rasa kita lebih dari orang lain berdasarkan kepada status kita. Kita memang disuruh menghormati orang lain kerana umur mereka dan ilmu mereka. Tapi jangan berlebihan sangat. Jangan kita mengharap orang menghormati kita disebabkan oleh kedudukan kita. Nabi pernah memberikan pangkat panglima kepada seorang yang muda iaitu Saad bin Abi Waqqas walaupun ada ramai lagi sahabat yang lebih tua. Ini adalah untuk mengajar sahabat bahawa kedudukan dalam masyarakat bukanlah kerana kedudukan dalam masyarakat atau kerana kita telah lama dalam Islam. Katakanlah kita dijemput untuk beri ceramah tapi penganjur pun ada juga jemput orang lain yang lebih muda. Jangan kita melenting jikalau slot yang diberikan kepada ktia kurang daripada yang diberikan kepada orang muda itu. Jangan kita meninggi diri.

 تُرِيدُ زِينَةَ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا

hanya kerana hendakkan kesenangan hidup di dunia; Jangan guru itu tinggalkan mana-mana anak murid dia jika dia sudah ada anak murid yang lebih berharta. Walaupun ada anak-anak murid lain yang lebih kaya atau lebih ramai, jangan dia lupakan anak murid yang lama. Itu tidak boleh.

Kita sekarang pun ada dugaan ini juga. Katakanlah kita AJK masjid. Kalau ada seorang yang beri derma lebih sikit dari orang lain, kita dah layan dia lain macam dah. Padahal, bukan tentu dia seorangyang rajin datang ke masjid pun.

وَلَا تُطِعْ مَنْ أَغْفَلْنَا قَلْبَهُ عَنْ ذِكْرِنَ

Dan jangan kamu taat kepada orang yang telah Kami lalaikan hati mereka dari mengingati Kami; kadang-kadang kita rasa orang kaya yang kita mengajar itu lebih baik sebab dia banyak duit dan kita rasa dengan duit itu kita boleh lebih banyak tolong orang lain. Padahal mereka tidak pedulikan Quran dan Allah.

 وَاتَّبَعَ هَوَاهُ

dan mereka itu mengikutihawa nafsu; bila kita ajak mereka tak boleh sahaja. Ada sahaja masalah mereka. Mereka tolak dengan kata ‘tapi’. Kata kita betul dah, tapi….. Itulah sahaja alasan mereka.

وَكَانَ أَمْرُهُ فُرُطًا

dan tingkah-laku mereka melampaui batas

Tindakan mereka melampuai batas yang ditetapkan dalam agama.

————————————————————————————–

Ayat 29:

18:29

Transliteration
wa-quli l-ḥaqqu min rabbikum fa-man shāʾa fa-l-yuʾmin wa-man shāʾa fa-l-yakfur ʾinnā ʾaʿtadnā li-ẓ-ẓālimīna nāran ʾaḥāṭa bihim surādiquhā wa-ʾin yastaghīthū yughāthū bi-māʾin ka-l-muhli yashwī l-wujūha biʾsa sh-sharābu wa-sāʾat murtafaqan

 Sahih International

And say, “The truth is from your Lord, so whoever wills – let him believe; and whoever wills – let him disbelieve.” Indeed, We have prepared for the wrongdoers a fire whose walls will surround them. And if they call for relief, they will be relieved with water like murky oil, which scalds [their] faces. Wretched is the drink, and evil is the resting place.

Malay

Dan katakanlah (wahai Muhammad): “Kebenaran itu ialah yang datang dari Tuhan kamu, maka sesiapa yang mahu beriman, hendaklah ia beriman; dan sesiapa yang mahu kufur ingkar, biarlah dia mengingkarinya”. Kerana Kami telah menyediakan bagi orang-orang yang berlaku zalim itu api neraka, yang meliputi mereka laksana khemah; dan jika mereka meminta pertolongan kerana dahaga, mereka diberi pertolongan dengan air yang seperti tembaga cair yang membakar muka; amatlah buruknya minuman itu, dan amatlah buruknya neraka sebagai tempat bersenang-senang.

وَقُلِ الْحَقُّ مِنْ رَبِّكُمْ

Dan katakanlah kebenaran itu datang dari Tuhan kamu semua; bukan datang dari kita tapi dari Tuhan. Apabila Nabi menolak permintaan mereka (Pendita Yahudi dan Pemuka Quraish) supaya Nabi hanya melayan mereka sahaja, Nabi disuruh memberitahu bahawa kebenaran itu dari Allah. Nabi tidak memerlukan mereka. Islam tidak memerlukan sokongan dan harta mereka.

 فَمَنْ شَاءَ فَلْيُؤْمِنْ

Maka sesiapa yang hendak beriman, berimanlah.

وَمَنْ شَاءَ فَلْيَكْفُرْ

Sesiapa yang ingin kafir, maka kafirlah; ayat ini sebenarnya adalah ancaman keras. Bukan nak beri kebenaran kepada manusia untuk kafir pula. Ini adalah ayat dalam bentuk perli.

 إِنَّا أَعْتَدْنَا لِلظَّالِمِينَ نَارًا

Sesungguhnya Kami sediakan api Neraka kepada orang yang buat syirik itu; dalam ayat ini digunakan perkataaan ‘zalim’. Zalim dalam ayat ini bermaksud melakukan syirik.

Bukan Allah ‘akan sedikan’ tapi Allah sudah sedikan api neraka itu. Mereka diancam dengan api neraka pula. Kalau kita berniaga, dan pelanggan hampir meninggalkan kita, kita akan tawar dia macam-macam benda tambahan. Tapi lihatlah bagaimana Allah melayan mereka. Bukan dan tawarkan kebaikan, Allah ancam mereka lagi. Ayat seterusnya menerangkan apakah api neraka itu.

 أَحَاطَ بِهِمْ سُرَادِقُهَا

yang gelegaknya akan meliputinya seperti dinding; atas, bawah dan tepi mereka akan diliputi oleh api neraka. Dindingnya, atap dan bawahnya adalah dari api. Kemudian orang itu dibakar dengan api pula. Semuanya api belaka.

Kata سُرَادِقُهَ bermaksud khemah yang tidak ada atap.

 وَإِنْ يَسْتَغِيثُوا

Dan jika minta minta minum; Mereka terpaksa minta selama seribu tahun barulah malaikat penjaga Neraka nak toleh tanya apa yang mereka hendak. Dah lama sangat mereka dalam neraka dan mereka dahaga sangat. Sesungguhnya memang masuk neraka sahaja, mereka akan dahaga sampai bila-bila.

 يُغَاثُوا بِمَاءٍ كَالْمُهْلِ

mereka diberi minum dengan air yang seperti besi cair yang mendidih; atau tembaga yang mendidih. Sanggupkah nak minum? Air itu kelihatan seperti kerak minyak besi.

 يَشْوِي الْوُجُوهَ

yang menghancurkan muka; hangus muka siapa yang minum. Padahal kulit muka di neraka itu bukan macam kulit muka kita yang di dunia ini. Sebelum masuk neraka, kulit telah dinaiktaraf setebal 42 hasta. Dah tebal macam itu pun boleh hancur lagi bila diberi minum dengan tembaga mendidih itu.

بِئْسَ الشَّرَابُ

Alangkah buruknya minuman itu; minuman yang paling teruk Allah beri.

 وَسَاءَتْ مُرْتَفَقًا

Dan seburuk-buruk tempat berehat; Allah perli dengan sebut neraka itu adalah ‘tempat rehat’. Padahal, ianya bukanlah tempat rehat. Diseksa dari mula masuk tanpa henti.

——————————————————————–

Ayat 30:

18:30

Transliteration
ʾinna lladhīna ʾāmanū wa-ʿamilū ṣ-ṣāliḥāti ʾinnā lā nuḍīʿu ʾajra man ʾaḥsana ʿamalan

 Sahih International

Indeed, those who have believed and done righteous deeds – indeed, We will not allow to be lost the reward of any who did well in deeds.

Malay

Sebenarnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh sudah tetap Kami tidak akan menghilangkan pahala orang-orang yang berusaha memperbaiki amalnya.

إِنَّ الَّذِينَ آمَنُوا

Sesungguhnya orang-orang yang beriman sempurna; iaitu mereka yang tidak melakukan syirik.

 وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ

dan beramal soleh; Iaitu mereka melakukan amal ibadat yang betul-betul seperti yang Nabi ajar. Kalau selain itu, itu adalah amal ibadat bidaah dan amalan itu ditolak. Bukan sahaja sia-sia amalan itu, tapi akan dimasukkan ke neraka kerana mengamalkan amalan ibadat yang salah.

 إِنَّا لَا نُضِيعُ أَجْرَ مَنْ أَحْسَنَ عَمَلً

Sesungguhnya Kami tidak akan menyia-nyiakan pahala kepada orang yang berbuat baik; Maknanya, Allah akan balas amalan baik mereka. Pahala yang diberi adalah lebih baik dari ibadat yang dibuat. Satu ibadat akan dibalas dengan sekurang-kurangnya sepuluh kali ganda. Atau lebih lagi sampai tidak terkira banyaknya.

——————————————————————————-

Ayat 31:

18:31

Transliteration
ʾulāʾika lahum jannātu ʿadnin tajrī min taḥtihimu l-ʾanhāru yuḥallawna fīhā min ʾasāwira min dhahabin wa-yalbasūna thiyāban khuḍran min sundusin wa-ʾistabraqin muttakiʾīna fīhā ʿalā l-ʾarāʾiki niʿma th-thawābu wa-ḥasunat murtafaqan

 Sahih International

Those will have gardens of perpetual residence; beneath them rivers will flow. They will be adorned therein with bracelets of gold and will wear green garments of fine silk and brocade, reclining therein on adorned couches. Excellent is the reward, and good is the resting place.

Malay

Mereka itu, disediakan baginya syurga yang kekal, yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; mereka dihiaskan di dalamnya dengan gelang-gelang tangan emas, dan memakai pakaian hijau dari sutera yang nipis dan sutera tebal yang bersulam; mereka berehat di dalamnya dengan berbaring di atas pelamin-pelamin (yang berhias). Demikian itulah balasan yang sebaik-baiknya dan demikian itulah Syurga tempat berehat yang semolek-moleknya.

أُولَٰئِكَ

Orang-orang yang seperti ini

 لَهُمْ جَنَّاتُ عَدْنٍ

bagi mereka adalah syurga Ad’nin

تَجْرِي مِنْ تَحْتِهِمُ الْأَنْهَارُ

yang mengalir dibawahnya anak-anak sungai; kita boleh perintah sungai itu untuk lalu ikut suka kita. Samada ikut bawah, ikut atas dan sebagainya.

 يُحَلَّوْنَ فِيهَا مِنْ أَسَاوِرَ مِنْ ذَهَبٍ

Mereka akan dipakai dengan perhiasan dari gelang-gelang emas; iaitu emas dari syurga. Bukan emas dunia. Kualitinya tak sama dengan emas di dunia. Emas dunia hanyalah tiruan dari emas syurga. Begitu juga dengan sutera di dunia, hanya tiruan dari syurga sahaja. Maknanya, yang dari syurga itu lebih baik lagi.

وَيَلْبَسُونَ ثِيَابًا خُضْرًا مِنْ سُنْدُسٍ

Dan mereka akan memakai pakaian warna hijau daripada sutera halus

Pakaian sebegini selalunya di dunia akan dipakai oleh raja-raja sahaja. Di syurga nanti, semua penghuni syurga akan dilayan seperti raja, malah lebih lagi.

وَإِسْتَبْرَقٍ

dan daripada sutera tebal; sebanyak 70 helai. Bahagian dalam dipakai dengan sutera tebal dan bahagian luar dipakaikan dengan sutera halus.

مُتَّكِئِينَ فِيهَا عَلَى الْأَرَائِكِ

Mereka duduk di dalam syurga itu, di atas pelamin-pelamin; duduk bersenggeng. Duduk berehat dengan senang lenang. Dalam hadis Nabi, baginda bersabda bahawa baginda tidak pernah makan bersandar. Tapi di syurga nanti, itulah yang manusia akan buat.

نِعْمَ الثَّوَابُ

Sebaik-baik balasan yang diberi; 

 وَحَسُنَتْ مُرْتَفَقًا

Seindah-indah tempat berehat; Ini barulah betul tempat berehat. Neraka bukan tempat berehat.

Lompat ke ayat yang seterusnya

http://www.youtube.com/watch?v=_fqRovnAFdE&feature=share&list=PL233FE9F5B5541E08

=============================================================

This entry was posted in Surah al-Kahfi and tagged , . Bookmark the permalink.

5 Responses to Tafsir Surah al-Kahfi Ayat 1 – 31

  1. Pingback: Tafsir Surah Maryam Ayat 1 – 11 | Tafsirsunnah's Blog

  2. qolbunsaleem says:

    boleh saya tahu sumber drpd mana ?

  3. paanovrtd says:

    Assalammualaikum saudara pengarang.

    Saya terpanggil untuk bertanya saudara tentang perenggan kedua muqadimah entry ni yang mana saudara menulis bahawa Rasul tidak mengetahui perkara ghaib. Saya rasakan ayat “Nabi sendiri tak tahu ilmu ghaib” ini berunsur takbur dan hanya penilaian akal semata-mata. Boleh saya minta saudara jelaskan? Saya bimbang sekiranya ayat ini dipetik dari kitab karya Muhammad ibn Abd al-Wahhab yang dengan jelas mengkritik barangsiapa yg mengaku berkemampuan melihat perkara ghaib adalah taghut dan menyembah tuhan yg palsu.

    Persoalannya di sini : apakah jenis perkara ghaib yang saudara anjurkan dalam muqadimah tersebut? Jika perkara ghaib berkenaan hal-hal yg hanya Allah sahaja mengetahui seperti bilakah berlakunya hari Kiamat, saya akui itu memang terbatas dan mustahil diketahui oleh manusia dan terdapat hadith di mana Rasulallah sendiri menolak utk menjawab pertanyaan Jibril (yg datang bertanyakan) itu kerana mengakui keterbatasan baginda dalam mengetahui hal-hal sepertinya.

    Tetapi sekiranya perkara ghaib yg saudara anjurkan meliputi semua perkara, saya merasakan perlunya ada penjelasan lebih terang. Ini kerana mimpi juga adalah perkara ghaib. Dan mimpi juga terbahagi kpd pelbagai jenis. Jadi, apakah mimpi itu bukan ‘dilihat’? Adakah saudara menidakkan kudrat Allah Ta’ala dalam memberi ilham dan petunjuk kepada hambanya?

    Hanya sekadar bertanya dan mengulas. Maaf sekiranya ada terkasar bahasa. Wallahualam.

    • tafsirsunnah says:

      Terima kasih saudara kerana prihatin dengan Quran dan meluangkan masa untuk membaca tulisan tafsir ini. Terima kasih juga kerana anda meluangkan masa untuk bertanya dan mendapatkan penjelasan.

      Tentang Nabi tidak tahu perkara ghaib. Ini bukanlah seperti kata anda: “berunsur takbur dan hanya penilaian akal semata-mata”. Tapi ianya dari ayat Quran sendiri. Iaitu boleh didapati dari ayat 31 Surah Hud. Potongan ayat itu adalah: وَلَا أَقُولُ لَكُمْ عِنْدِي خَزَائِنُ اللَّهِ وَلَا أَعْلَمُ الْغَيْبَ. Dan aku tidak mengatakan kepada kamu (bahwa): “Aku mempunyai gudang-gudang rezeki dan kekayaan dari Allah, dan aku tiada mengetahui yang ghaib”…

      Jadi, dalam Quran sendiri menyebut bagaimana Nabi tidak mengetahui perkara ghaib. Tafsir ayat itu juga ada dalam blog ini. Jadi, saya harap anda boleh terima perkara ini kerana ianya adalah dari Quran sendiri.

      Perkara ghaib adalah begini:
      yang terjadi dahulu (in the past)
      apa yang akan terjadi masa hadapan (future)
      benda yang memang tidak dapat dilihat dengan mata: seperti Allah, malaikat jin dan sebagainya
      benda yang memang ada, tapi jauh sampai tidak boleh nampak: seperti bandar tokyo, kita tahu ada, tapi sekarang kita tak nampak dari jauh. seperti juga syurga dan neraka, memang dah ada, tapi jauh sangat sampai kita tak nampak.

      Mimpi? tidak pula pernah saya dikategorikan sebagai perkara-perkara ghaib. Mungkin ada kena juga, tapi nampaknya anda sahaja yang mula kata begini. Yang saya boleh katakan, tidaklah saya mengatakan yang Nabi tidak nampak mimpinya. Tapi, rasanya itu kategori lain agaknya. Allahu a’lam.

      Bagaimana pula ada hadis yang Nabi ampak macam-macam? Seperti Nabi pernah tangkap jin, Nabi nampak penghuni kubur yang sedang diazab dan banyak lagi? Itu semua adalah ‘pemberian’ dari Allah. Allah angkat hijab Nabi waktu itu untuk ditunjukkan kepada baginda. Kita pun kadang-kadang diangkat hijab juga, boleh nampak hantu lah, jin lah dan sebagainya. Tapi itu tidaklah mengatakan Nabi sendiasa nampak perkara-perkara ghaib itu. Hanya waktu diangkat hijab sahaja.

      Tidaklah juga saya menafikan kudrat dan kuasa Allah untuk memberi ilham kepada hambaNya dan beri nampak kepada mereka. Ma sha Allah. Tidaklah saya kata begitu. Kuasa untuk nampak perkara ghaib hanya ada pada Allah sahaja dan Allah boleh angkat hijab kepada sesiapa yang Dia kehendaki.

      Saya harap penerangan ringkas saya yang tidak seberapa ini dapat memberi penjelasan kepada saudara. Allah jua yang beri pemahaman kepada kita. Semoga Allah beri pemahaman kepada anda.

      Saudara, penulisan ini tidaklah lengkap dan tidak sama dengan datang ke kelas pengajian. Saya sarankan anda luangkan masa untuk belajar sendiri dan berguru. Sila emel saya di tafsirsunnah@gmail.com untuk tahu kelas pengajian di mana.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s